Tanjong Datu mantapkan pendidikan awal kanak-kanak

LUNDU: Pendidikan awal kanak-kanak terus menjadi fokus utama dalam usaha membina ekosistem pendidikan yang lengkap di kawasan Tanjong Datu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan, berkata penekanan itu penting bagi memastikan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dapat dirapatkan, selaras dengan visi Premier Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca […]

Sarawak sasar pelaburan antarabangsa US$7 bilion dalam 10 tahun

NANJING: Sarawak berpotensi menarik pelaburan sehingga US$7 bilion (kira-kira RM20 bilion) dalam tempoh 10 tahun hasil kerjasama strategik dengan pemain industri utama China dalam pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching (KLCH). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata keyakinan pelabur asing terhadap KLCH terserlah dengan pemeteraian tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan Petroleum […]

Projek tertunda akan dikaji, kenal pasti punca dan penyelesaian – Awang Tengah

LAWAS: Semua jabatan dan agensi kerajaan di Bahagian Limbang diminta mengemukakan laporan kemajuan pelaksanaan projek masing-masing bagi memastikan pembangunan berjalan lancar dan teratur. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata setiap agensi perlu membentangkan status projek—sama ada berjalan mengikut jadual, siap lebih awal daripada perancangan asal, atau mengalami kelewatan. “Jika terdapat projek […]

Sarawak–Jiangsu perhebat kerjasama, Abang Johari mulakan lawatan kerja ke China

NANJING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan lawatan kerja rasmi di China dengan menghadiri sesi dialog bersama Kerajaan Wilayah Jiangsu di Xikang Guesthouse, Nanjing hari ini. Ketibaan beliau bersama delegasi pada jam 11.15 pagi waktu tempatan disambut oleh Timbalan Gabenor Zhao Jianjun yang mewakili Gabenor Liu Xiaotao. Mengiringi Premier Sarawak […]

Pembangunan Limbang, Lawas tumpuan utama Mesyuarat DDC

LAWAS: Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian Limbang (DDC) Bil. 4/2025 di sini, semalam. Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya Malaysia, JKR Bahagian Limbang, Jabatan Pengairan dan Saliran Limbang, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Majlis Daerah Limbang, Majlis Daerah Lawas, Jabatan Tanah dan […]

Sembilan rumah spektra permata diserah kepada penduduk Kemunyang

SIBU: Sembilan unit Rumah Spektra Permata (RSP) di Kemunyang diserahkan kepada penduduk layak, termasuk daripada Kampung Hilir dan Kampung Datu, yang sebelum ini tinggal di kawasan berisiko tebing sungai. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, memaklumkan bahawa daripada 110 unit RSP yang dibina oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), hanya […]

AirBorneo buka tempahan tiket secara dalam talian

KUCHING: Syarikat penerbangan AirBorneo kini membolehkan orang ramai membuat tempahan tiket melalui sistem jualan dalam talian di laman web rasminya. Ini membolehkan pengguna merancang perjalanan ke rangkaian destinasi apabila operasi komersial syarikat bermula. Destinasi awal termasuk:• Bandar utama: Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Limbang, Lawas• Destinasi pedalaman: Ba’kelalan, Long Seridan, Long Lellang, Bario Maklumat tambang:• Harga […]

Tebingan Saratok kini jadi kenyataan

SARATOK: Tebingan Saratok bakal menjadi ikon baharu daerah ini melalui sebuah projek berimpak tinggi yang akan dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), sekali gus membuka fasa baharu dalam pembangunan landskap. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata projek tersebut merupakan impian penduduk Saratok dan diyakini mampu merancakkan ekonomi tempatan serta menarik kehadiran […]

AirBorneo perkukuh perkhidmatan udara Sarawak

KUCHING: AirBorneo, syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak, bersiap sedia untuk memulakan operasi penuh selepas melancarkan laman web rasminya pada 10 Disember lalu, sebagai langkah awal memperkukuh perkhidmatan udara di negeri ini. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata pelancaran laman web rasmi itu menandakan bahawa syarikat penerbangan tersebut bergerak ke arah kesediaan operasi […]