Sarawak tuan rumah dua acara antarabangsa 2026, 2028
BANGKOK: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak akan menjadi tuan rumah Pameran dan Persidangan Air dan Air Sisa Antarabangsa Borneo (BIWWEC) pada 2026 dan Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antarabangsa (WWCE) 2028. Beliau berkata, kedua-dua persidangan bertaraf antarabangsa itu akan mengumpulkan pakar dan pemain industri perngkat global. […]
Laman web AirBorneo dilancar, penjualan tiket mulai esok
KUCHING: AirBorneo melancarkan laman web dan pusat panggilannya di sini mulai esok (10 Disember) menandakan bermulanya penjualan tiket selepas mengambilalih perkhidmatan MASwings pada akhir Disember 2025. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, lamanweb dan pusat panggilan itu penting untuk penumpang mulai 10 Disember 2025, bagi pembelian tiket baharu […]
Pengurusan air kunci transformasi tenaga lestari Sarawak
BANGKOK: Setiap langkah untuk membangunkan masa depan tenaga lestari bergantung kepada keupayaan mengurus sumber air dengan cermat, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menurut beliau, air bukan sekadar sumber asas, tetapi kini menjadi komoditi baharu yang amat penting dalam membina masa depan yang mampan dan berdaya tahan. “Air ialah sumber […]
Abang Johari selamat tiba di Bangkok, sampaikan ucaptama WDCE 2025
BANGKOK: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Kongres dan Pameran Air dan Pembangunan IWA 2025 (WDCE 2025). Ketibaan beliau pada jam 12.29 tengah hari waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang diiringi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi serta Setiausaha […]
Bekas pelajar TLC 74/75 raikan ikatan 50 tahun
KUCHING: Suasana meriah dan penuh gelak tawa menyambut kedatangan bekas pelajar Tanjong Lobang College (TLC) Class of 1974/75 (kini Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri) yang berhimpun untuk meraikan ‘Reunion Emas 50 Tahun’ di sebuah hotel di sini, baru-baru ini. Pengerusi Penganjur, Kasim Gani, membuka majlis dengan ucapan yang mencuit hati bekas pelajar “Lima […]
Saberkas Batang Ai juarai Piala Presiden PESTASA 2025
SIMANGGANG: Regu Saberkas Batang Ai dari Lubok Antu muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Sri Aman (PESTASA) 2025 edisi pertama selepas menundukkan AMBS 93 Bungin dalam perlawanan akhir di Gelanggang Sentosa Indah, RPR Sri Aman, petang tadi. Dalam aksi final yang penuh debaran, Saberkas Batang Ai menutup tirai kejohanan dengan kemenangan […]
Kampung Angkat MADANI Nanga Engkuah, pembangunan pedalaman direalisasi
KAPIT: Projek Fizikal Kampung Angkat MADANI di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) menjadi inisiatif strategik Kerajaan MADANI untuk memastikan manfaat pembangunan sampai terus kepada rakyat di peringkat akar umbi. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan projek di pedalaman seperti Nanga Engkuah bukanlah perkara mudah kerana hanya boleh diakses melalui jalan balak […]
Infrastruktur JPD Kampung Sampadi dinaik taraf
LUNDU: Dua projek naik taraf Jalan Perhubungan Desa (JPD) di Kampung Sampadi dengan jumlah keseluruhan bernilai RM820,000 telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur serta kesejahteraan penduduk setempat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri, memaklumkan bahawa salah satu projek berkenaan sedang dilaksanakan di Jalan Sampadi dengan peruntukan sebanyak […]
Daro maju bersama pembangunan sosial – Dr Safiee
DARO: Pembangunan sebenar tidak hanya diukur melalui kemajuan fizikal dan ekonomi, tetapi turut melihat kepada kesejahteraan sosial rakyat, tegas ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad. Beliau berkata, Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan inklusif tanpa ada yang tersisih. Melalui program turun padang, katanya pelbagai agensi membuka kaunter perkhidmatan bagi memudahkan […]
Tengku Ampuan Pahang rasmikan Sense of Malaysia di LTAK
KUCHING: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli merasmikan Sense of Malaysia Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, hari ini. Tunku Azizah ditemani puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah pada program tersebut yang merupakan salah satu dari aturcara sempena lawatan baginda berdua di Sarawak. Hadir sama ialah […]
