Belanjawan berimpak positif bantu rakyat – Paulus

KUCHING: Jumlah yang besar diperuntukkan untuk tujuan pembangunan dalam Belanjawan Sarawak 2026 sekali lagi mencerminkan keprihatinan dan kepedulian Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap masyarakat keseluruhannya dan rakyat di luar bandar khasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Ngumbang berkata, peruntukan yang sedemikian sudah tentu akan mempunyai impak positif dalam membantu masyarakat […]

ADUN Kabong desak segerakan naik taraf utiliti asas

KUCHING: Isu utiliti asas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong terus mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mendesak kerajaan negeri serta agensi berkaitan mempercepat penambahbaikan bekalan elektrik, air dan telekomunikasi yang masih gagal ditangani sepenuhnya. Beliau berkata, ketidakstabilan bekalan elektrik termasuk turun naik voltan dan kejadian ‘tripping’ […]

Rizab gas, tenaga hijau pacu pelaburan ke Sarawak

KUCHING: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan hijau negara dengan memanfaatkan kekayaan sumber asli dan kapasiti tenaga boleh diperbaharui yang berkos rendah. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, kelebihan utama negeri ini ialah rizab gas asli yang besar serta tenaga boleh diperbaharui yang stabil dan berpatutan, […]

Bintulu bakal miliki pusat transit gelandangan baharu

KUCHING: Fasiliti Tempat Transit Gelandangan (TTG) di Bintulu kini berada dalam fasa persiapan akhir dan dijangka mula beroperasi pada suku pertama tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pusat tersebut berupaya menempatkan sehingga 30 gelandangan iaitu 18 lelaki dan 12 perempuan bagi menyediakan perlindungan sementara serta meningkatkan kesejahteraan […]

Prestasi pelancongan memberangsangkan, fokus diterus – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak optimis mencapai sasaran kunjungan lima juta pelancong tahun ini, meskipun jumlah yang diperlukan bagi dua bulan terakhir agak mencabar. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat Oktober lalu, negeri itu merekodkan kehadiran 4.01 juta pelancong dengan nilai resit pelancongan sebanyak RM10.2 bilion. Menurutnya, bagi […]

Megat Ardian dilantik CEO AirBorneo berkuat kuasa 2026

KUCHING: Bekas Ketua Pegawai Penerbangan dan Strategi, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirBorneo berkuat kuasa 1 Januari 2026. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi AirBorneo Holdings yang juga Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan […]

SEB mulakan kajian meter prabayar, projek perintis dijangka 2027

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) telah memulakan kajian pasaran bagi sistem meter prabayar sejak awal tahun ini sebagai sebahagian usaha meningkatkan keberkesanan penggunaan meter pintar di seluruh negeri. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, kajian tersebut melibatkan beberapa kaedah prabayar bersama pelbagai penyedia perkhidmatan bagi menilai kesesuaian sistem itu […]

BPHB serahkan dana untuk pembangunan masjid Sarawak

KUCHING: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan sosial dan keagamaan melalui penyerahan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini dan disaksikan Premier Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Simbolik penyerahan […]

Sarawak perluaskan pemasangan ATM, CRM di pejabat daerah

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan pemasangan mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin kitar semula tunai (CRM) di pejabat daerah serta pejabat daerah kecil di seluruh negeri bagi meningkatkan akses perkhidmatan perbankan luar bandar. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Bank Negara […]

Sarawak kukuhkan usaha karbon berasaskan hutan

KUCHING: Inisiatif kredit karbon melalui Aktiviti Karbon Hutan memberi peluang kepada Sarawak mempelbagaikan sumber pendapatan negeri melalui penyertaan dalam pasaran karbon antarabangsa, sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap pembangunan hijau dan mampan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pemaju projek menyediakan latihan dan program pembangunan kapasiti kepada komuniti […]