Year: 2023

Forum Perniagaan Islam Global bakal menjadi hab ilmu pengetahuan, perniagaan

KUCHING: Forum Perniagaan Islam Global (GMBF) 2023 yang dijadual diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada 28 hingga 30 November, 2023, akan menjadi hab ilmu pengetahuan kepada kerajaan, syarikat dan masyarakat massa menerokai amalan perniagaan dalam kewangan Islam, teknologi hijau dan pertanian secara terbaik dan inovatif. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang […]

Menteri, Timbalan Menteri masih terikat Undang-undang lain

KUCHING: Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak boleh terikat dengan Undang-undang Negara meskipun tidak tertakluk kepada Undang-undang Ombudsman Sarawak yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jika Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak didapati terlibat dalam salah guna kuasa dan pentadbiran, mereka masih boleh […]

Penyambungan elektrik projek ALAF diterus

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkenalkan inisiatif bantuan iaitu Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di bawah Projek Rakyat. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini bertujuan penyambungan bekalan elektrik kepada rumah yang tertinggal atau baharu dibina selepas projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) siap di sesuatu kawasan. “Penyambungan elektrik di bawah projek ALAF masih […]

LPKP guna iSPKP urusan pelesenan

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)Sarawak kini menggunakan Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) sepenuhnya bermula 17 November lalu. “Sehubungan itu, semua urusan atau proses pelesenan perlu dimohon secara dalam talian menggunakan iSPKP,” kata kenyataan media LPKP Sarawak. Ini melalui pautan https://portal.ispkp.gov.my/sarawak/ atau laman web rasmi LPKP Sarawak https://www.lpkpsarawak.gov.my/. Hanya permohonan melibatkan rentas sempadan (Sarawak/Brunei/Sabah), Lesen Perubahan Sementara (LPS) […]

Ordinan Ombudsman 2023 akan dikuatkuasa setelah dapat perkenan TYT

KUCHING: Ordinan Ombudsman 2023 yang diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Isnin lalu, seterusnya akan dikuatkuasakan. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berkata, ordinan ini akan dikuatkuasakan setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak. “Manakala, tarikh kuatkuasanya akan ditentukan kemudian oleh kerajaan,” katanya […]

Bau, Lundu dicadang bergabung jadi bahagian Ke-13

KUCHING: Sarawak bakal mempunyai 13 bahagian jika cadangan penggabungan Daerah Bau dan Lundu dilulus oleh kerajaan negeri. Cadangan penggabungan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19. Katanya, dengan penggabungan itu akan membolehkan kerajaan negeri […]

Tarif levi CCS berbeza

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei sedang dalam proses untuk menentukan tariff membabitkan levi ke atas caj penyimpanan karbon dan ses (CCS). Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alamr Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, perkara itu akhirnya akan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Tarif bagi CCS dalam sektor minyak dan […]

Dasar tanah Sarawak diberi kepada persekutuan kini selaras MA63

KUCHING: Kerajaan Sarawak melaksanakan dasar baharu terhadap tanah negeri ini yang diberi kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC) selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh berkata, menerusi dasar ini sejak 2022, setiap tanah diberi milik kepada FLC akan dikenakan syarat khas pembangunan perlu dilaksana dan disiapkan dalam […]

Kaji semula elaun ketua masyarakat, ketua kaum dan ahli majlis

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa agar mempertimbangkan dan mengkaji semula elaun ketua masyarakat, ketua kaum dan ahli majlis. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu (GPS-PBB),Dr Simon Sinang Bada, berkata peranan mereka terlalu penting namun mereka hanya menerima elaun RM1,200 sebulan bagi ketua masyarakat, ketua kampung (RM900) dan ahli majlis (RM300). “Mengikut definisi paras kemiskinan kebangsaan, sesiapa […]

Program TUBE lahirkan 695 usahawan belia

KUCHING: Program Tunas Usahawan Belia (TUBE) berjaya melahirkan seramai 695 usahawan belia selepas mengikuti latihan program berkenaan. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, golongan itu mendaftarkan perniagaan seterusnya menerima geran berjumlah RM10.12 juta. Menurutnya, perniagaan yang dijalankan oleh usahawan belia membantu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan mencatatkan nilai jualan […]