KOTA SAMARAHAN: Kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menjalin kerjasama dengan universiti-universiti di kepulauan Borneo untuk menjalankan penyelidikan secara menyeluruh dan faedah biodiversiti di Borneo untuk manfaat penduduknya dan masyarakat di dunia. Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, kumpulan penyelidik terbabit akan menggunakan platform ALAM-BoT bagi membentuk ChatGPT 4.0 dalam menjalankan […]
Sarawak tingkat dagangan dengan Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN: Sarawak akan terus menjalin kerjasama dagangan dengan Brunei bagi meningkatkan nilai perdagangan antara kedua-dua wilayah, kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) di sini merupakan satu daripada usaha untuk meningkatkan lagi nilai perdagangan itu. “Sarawak akan turut mempergiatkan usaha untuk […]
Tiga sekolah terpilih menyertai program CSR
KOTA SAMARAHAN: Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak menganjurkan program kemasyarakatan (CSR) di tiga sekolah di sini, hari ini. Program itu sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan (PJK) 2024 dengan tema “Memperkasa Tatakelola: Mendepani Cabaran Masa Kini” yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, esok. Sekolah terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) […]
MPC,UNIMAS bangunkan profil rangka kerja industri hidrogen
KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berkolaborasi bersama Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui (ISuRE), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam pembangunan profil awalan industri hidrogen. Pengarah MPC Wilayah Sarawak, Dr Mazlina Shafi’i berkata, ini sebagai langkah permulaan kepada pembangunan rangka kerja peraturan yang lebih komprehensif selaras dengan aspirasi negara melalui Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR). “MPC […]
Sarawak letak syarat jadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027
KUCHING: Kerajaan Sarawak meletakkan dua syarat utama sebelum bersetuju menjadi hos bersama bagi penganjuran temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA pada 2027. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, syarat tersebut adalah Sarawak akan menganjurkan beberapa jenis sukan dan majlis pembukaan diadakan di negeri ini. “Pihak Putrajaya mencari hos bersama […]
LARIAN BATON SUKMA
LARIAN BATON SUKMA … Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di pekarangan Tebingan Sungai Kuching bagi merasmikan Program Larian Baton untuk mempromosi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024, pada pagi ini. Sebelum itu, pelepasan peserta larian sejauh 4.1 kilometer (km) itu dilakukan Menteri Belia, Sukan dan […]
RM200 juta naik taraf sekolah, klinik daif
KUCHING: Sebanyak RM200 juta diluluskan bagi mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf sekolah dan klinik daif di luar bandar negeri ini. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf sekolah-sekolah daif manakala RM100 juta lagi untuk klinik-klinik daif. Katanya, pelaksanaan projek naik taraf menggunakan dana ini […]
Rumbia antara sumber ekonomi Sarawak
KUCHING: Industri berasaskan rumbia dari Dalat berpotensi diperluaskan sebagai salah satu sumber ekonomi di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini susulan 50 peratus pengeluaran rumbia dari daerah itu. “Dalat memiliki kawasan besar untuk menempatkan banyak kilang sagu. Justeru, pada masa akan datang, kita mencadangkan agar kompleks pembangunan […]
Dana pembangunan sekolah daif bakal diumum
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyalurkan dana bagi membangunkan lebih 200 sekolah daif di seluruh negeri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dana tersebut akan diumumkan pada Majlis Makan Malam Sambutan Perayaan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim pada malam ini […]
PACC bincang perkembangan industri minyak, gas
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan baru-baru ini mempengerusikan tiga mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Petrolium Sarawak (PACC) di sini. Pada mesyuarat itu, beliau mengingatkan ahli-ahli jawatankuasanya mengenai matlamat PACC untuk meningkatkan penyertaan Sarawak dalam industri minyak dan gas. Penyertaan Sarawak dalam industri hiliran dan huluan industri minyak dan gas untuk […]
