Month: June 2024

Pusat Kesihatan Prima UNIMAS dijangka beroperasi September ini

SAMARAHAN: Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, siap dibina dan dijangka mula beroperasi September tahun ini. Pusat kesihatan harian itu merupakan Fasa Satu Projek Pembinaan dan Penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS yang akan menjadi hospital pengajar pertama di Sarawak. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pusat […]

RM98.9 juta laksana 13 projek

KUCHING: Sebanyak 13 projek di bawah sektor Pembangunan Pelancongan dan Persekitaran Agensi Pembangunan Bahagan Betong (BDDA) berharga RM98.9 juta telah diluluskan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sektor Pembangunan Pelancongan dan Persekitaran BDDA, Mohd Chee Kadir berkata daripada jumlah tersebut, RM30 juta diluluskan untuk melaksanakan dua projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar. Peruntukan berjumlah RM28.4 juta […]

Lembaga Pemuliharaan Toronto Kanada tertarik dengan usaha Sarawak

KANADA: Lembaga Pemuliharaan Toronto dan Wilayah (TRCA) Kanada tertarik dengan pelan perlindungan dan pemuliharaan Sarawak yang dikongsikan bersama pada sesi libat urus dan mahu berkolaborasi dalam pelan pelaksanaannya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian semasa mengetuai rombongan Sarawak melawat TRCA di sini semalam. Lawatan itu sebagai tanda aras untuk mempelajari […]

18 rumah panjang dibaik pulih

TANJUNG MANIS: Sebanyak 208 pintu rumah panjang di kawasan Parlimen Tanjung Manis berjaya dibaik pulih melalui Program Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) tahun ini. Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, projek itu melibatkan 18 buah rumah panjang di kawasan Sare Utara, Tengah dan Selatan, Kerapa dan Kerubong. Pelaksanaan projek secara gotong […]

SADA lulus 69 projek pembangunan

SIMANGGANG: Sebanyak 17 lagi rancangan projek pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial di bawah Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) kini sudah diluluskan. Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, projek itu membabitkan kos berjumlah RM166,177,540. “Secara keseluruhan, SADA telah meluluskan 69 projek pembangunan merangkumi pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial berjumlah RM1.3 bilion setakat […]

Sarawak bakal berkolaborasi dengan syarikat luar, kaji sumber tenaga diperbaharui

KUCHING: Sarawak akan memanfaatkan penggunaan teknologi bagi menambah nilai kepada sumber yang ada dalam usaha meningkatkan pendapatan negeri ini. Ke arah itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak akan berkolaborasi dengan syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat yang berminat untuk mengkaji sumber yang mengeluarkan tenaga diperbaharui di negeri ini. Katanya, syarikat […]

Rombongan Sarawak lawat Taman Burchart

KANADA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai rombongan dari Sarawak melawat Taman Butchart di Brentwood Bay, British Columbia di sini. Butchart Garden adalah sebuah taman yang memenangi anugerah diusahakan oleh sektor swasta dalam memulihara bekas tapak kuari menjadi sebuah Tapak Bersejarah Negara di Kanada pada 2004. Taman itu kini menjadi daya […]

223 penuhi syarat DSITKS

KUCHING: Daripada sebanyak 700 permohonan bagi kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang diterima antara 1 November 2022 hingga 13 Mei 2024, 68 peratus gagal memenuhi syarat ditetapkan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanan-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdulah berkata, daripada jumlah itu, 223 (32 peratus) memenuhi syarat dan masih dalam proses pengeluaran Dokumen Sementara Bagi Individu Tanpa […]

Malaysia mahu terajui ekonomi hidrogen

KUCHING: Malaysia berhasrat menjadi peneraju teknologi dan inovasi hidrogen dengan memberi sokongan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sambil meningkatkan ekosistem yang kondusif memperkenalkan idea serta pertumbuhan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato’ Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, menangani perubahan iklim memerlukan usaha bersama, inovasi dan pendekatan dan […]

Pemuda, Belia Parti PBB berhimpun di Lawas

LAWAS: Program Jelajah turun padang Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 28 Jun hingga 30 Jun di sini akan menghimpunkan ahli-ahli Pemuda Parti PBB dengan ahli-ahli sayap Belia PBB di seluruh Sarawak. Setiausaha Pergerakan Sayap Belia PBB, Kaunselor Suffian Mohat bersama exco Pergerakan Pemuda, Steve Lius dan Aron Paulus menghadiri mesyuarat persiapan program […]