Month: June 2024

Sarawak perlukan dana besar pacu industri tananam padi

KUCHING: Sarawak akan melabur dalam projek pengairan bagi penanaman padi di negeri ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak juga telah meluluskan peruntukan untuk Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak diketuai Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom bagi inisiatif itu. “Inisiatif ini bagi memastikan […]

Perkara dituntut Sarawak termaktub dalam MA63

KUCHING: Semua perkara yang dituntut Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah hak yang sewajarnya berdasarkan perjanjian asal dan Perlembagaan Persekutuan. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menegaskan apa yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak selama ini bukanlah perkara-perkara baharu. “Apatah lagi tuntutan-tuntutan tersebut adalah berdasar dan berlandaskan kepada apa yang termaktub […]

Inisiatif Wanita Dinamik @KPWKM bantu wanita jana pendapatan

SRI AMAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu wanita di bahagian ini menjadi peserta program Inisiatif Wanita Dinamik @KPWKM. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini kerana melalui program itu kementerian membantu golongan sasar khususnya suri rumah dan ibu tunggal yang akan diberikan peluang menjana pendapatan. Katanya, ini […]

Sarawak berjaya kurangkan penggunaan kuasa bagi hasilkan hidrogen

KUCHING: Sarawak berjaya membuktikan kepada Eropah bahawa penggunaan kuasa boleh dikurangkan untuk penghasilan hidrogen. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini daripada sebanyak 60 kilowatt-jam (kWj) kepada 38 kWj yang dikatakan mustahil. “Saya berada di Eropah dan pihak mereka di sana menyatakan perkara tersebut mustahil untuk dikurangkan tapi Sarawak membuktikan […]

Sarawak, Kanada jalin kerjasama dalam perlombongan

KUCHING: Sarawak mengenal pasti potensi kerjasama bagi amalan terbaik dalam sektor perlombongan dengan Kanada, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Perkara tersebut didedahkan beliau selepas mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Tenaga, Perlombongan dan Inovasi Karbon Rendah negara itu di Victoria Kanada, semalam. Menjelas lanjut, katanya kerjasama itu akan […]

Kemahiran sulam keringkam jana pendapatan lumayan

KUCHING: Selain memelihara warisan budaya Sarawak, seni sulaman keringkam juga boleh dijadikan aspek dalam kemahiran kerjaya usahawan tempatan. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, ia susulan seni sulaman itu dapat menjana sumber pendapatan kerana tudung dan selendang boleh dijual pada harga puluhan ribu ringgit. “Seni keringkam boleh dijadikan aspek kemahiran yang […]

Mahra Salleh jadi residen baharu Sri Aman

SIMANGGANG: Anak jati Sri Aman kelahiran Kampung Melayu Bakong, Mahra Salleh dilantik sebagai Residen Bahagian Sri Aman baharu. Beliau sebelum ini Timbalan Residen Bahagian Betong menggantikan Abang Mohamad Porkan Abang Budiman yang kini bertugas sebagai Residen Bahagian Sibu. Mahra,52, sehubungan itu mengharapkan pihak memberikan kerjasama, teguran, pandangan serta idea konstruktif untuk menyokong pentadbirannya. “Ingin saya […]

Tafsiran perundangan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dikaji

KUCHING: Perbezaan tafsiran perundangan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melibatkan bidang kuasa ke atas sempadan maritim Sarawak kini sedang dikaji. Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, tafsiran itu dalam peringkat kajian oleh Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Ini salah satu tafsiran yang perlu kita teliti. Oleh […]

PETRA ambil langkah keluarkan dua sungai tercemar pada kategori bersih

KUCHING: Kerajaan Persekutuan sedang berusaha bagi memastikan dua sungai di negeri ini dapat dikeluarkan daripada kategori sungai tercemar di negara ini.Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, sungai berkenaan ialah Sungai Miri dan Sungai Daro. Katanya, usaha ke arah itu sedang giat dijalankan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). “Kementerian menyedari ada […]

Festival Gastronomi ‘Nyamai Sarawak’ bakal diadakan 13-15 September depan

KUCHING: Festival Gastronomi ‘Nyamai Sarawak’ Edisi Hari Malaysia bakal berlangsung pada 13 hingga 15 September depan di Kampung Budaya Sarawak (KBS). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri berkata, kemasukan ke KBS adalah percuma sepanjang festival selama dua hari tersebut. “Festival ini akan mengetengahkan program yang akan membangkitkan bukan sahaja selera […]