Month: June 2024

Kritikan tidak lemahkan semangat Abang Johari majukan Sarawak

GEDONG: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan tidak gentar dan ambil kisah kritikan yang cuba menjatuhkan kepimpinan beliau. Sebaliknya tegas beliau, suara-suara sumbang yang dilemparkan itu menjadikannya terus gigih bekerja keras untuk memajukan Sarawak bagi mencapai visi 2030. Dalam hal ini, beliau turut mengingatkan rakyat Sarawak tidak termakan hasutan daripada […]

TDM berjaya sekat enam PATI

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) Sarawak berjaya menyekat kemasukan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) di Biawak, Lundu, hari ini. Markas 1 Divisyen menerusi kenyataan berkata, anggota mereka di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) menjalankan rondaan di Sektor Pos GABMA Biawak berdekatan lorong tikus dengan jarak lebih kurang 118 meter (m) dari […]

Pendidikan bantu tingkatkan kehidupan rakyat

BINTULU: Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk memberi pendidikan berkualiti kepada generasi muda termasuk di luar bandar. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, berikutan itu adalah menjadi tanggungjawabibu bapa di luar bandarmemberi motivasi kepada anak-anak untuk belajar. Malah, beliau percaya bahawa tidak ada cara lain untuk mengubah […]

Perarakan Gawai serlah semangat Segulai Sejalai

KUCHING: Perarakan Gawai 2024 yang melakar sejarah sebagai terbesar dari segi penyertaan berjaya menyerlahkan konsep ‘Segulai Sejalai’ selain mengetengahkan kebudayaan kaum Dayak di negeri ini. Perarakan tersebut menyaksikan sebanyak 110 kontinjen membabitkan penyertaan 3,300 peserta berarak sejauh 1.3 kilometer (km) bermula dari Bangunan Tun Jugah dan berakhir di pentas utama di Tebingan Sungai Kuching petang […]

Sarawak kurang ahli profesional kendali individu berkeperluan khas

KUCHING: Sarawak masih kekurangan ahli profesional yang boleh mengendalikan program kepada individu autisme. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, autisme adalah salah satu kelainan keupayaan yang berlaku diperingkat awal perkembangan kanak-kanak. Katanya, ini disebabkan oleh kelainan pada saraf otak yang mempengaruhi komunikasi, interaksi sosial serta tingkahlaku individu. “Sarawak masih lagi […]

Kontinjen Sarawak buru juara Para SUKMA Ke-21

KUCHING: Kontinjen Sarawak memburu gelaran juara sekali gus mengalahkan kontinjen Sabah pada Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Ke-21 Sarawak di sini pada 22 hingga 28 September ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini bagi menebus kekalahan kontinjen Sarawak kepada kontinjen Sabah dalam Para SUKMA Ke-20 Kuala Lumpur […]

Bina Sarawak berintegriti tinggi

BINTULU: Seiring sasaran mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030, Sarawak konsisten dengan matlamat mahu menjadikan negeri ini maju berintegriti tinggi. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Dato’ Dr Juanda Jaya berkata, pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu mampu dicapai […]

Kualiti graduan UTS setanding universiti ternama

KUCHING: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah melahirkan hampir 4,000 graduan sejak bermula 2013 dan mencatatkan kebolehpasaran graduan melepasi 95 peratus setiap tahun. Naib Canselor UTS, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid berkata, graduan terbabit bukan sahaja diambil bekerja oleh agensi dan industri tempatan tetapi juga bekerja di luar Sarawak. “Ini menunjukkan mutu dan kualiti graduan […]

Nilai integriti bentuk kepimpinan pemimpin masyarakat

BINTULU: Kira-kira 50 ketua masyarakat dan ketua kaum daerah Sebauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena menghadiri kursus integriti, di sini, hari ini. Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap Satuanjuran Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Premier Sarawak. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom ketika merasmikan majlis itu berkata, […]

KMKK perlu adil laksana tugas

SIBU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sebagai pemimpin di peringkat akar umbiharus berintegriti, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab. Pegawai Daerah Sibu, Khalid Andong berkata, KMKK harus adil dan tidak memilih kasih dalam melaksanakan tugas mereka. “Pelaksanaan undang-undang dan peraturan mestilah adil dan saksama,” katanya pada majlis ringkas pelantikan KMKK bagi kawasan Dewan Undangan […]