Month: November 2024

Kepimpinan KJM bantu kukuhkan masyarakat bandar raya

KUCHING: Komuniti Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berfikir secara kreatif dalam memainkan peranan penting mereka. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini termasuk peranan mengukuhkan masyarakat di bandar raya ini. “Kita perlu berfikir secara kreatif untuk memastikan kepimpinan dalam KJM dapat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan masyarakat,” […]

617 graduan terima ijazah sidang pertama Konvokesyen Ke-28 UNIMAS

KOTA SAMARAHAN: Majlis Konvokesyen Ke-28 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), Kampus UNIMAS di sini, bermula hari ini. Menurut kenyataan media UNIMAS, perasmian dan sidang pertama konvokesyen terbabit disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Canselor UNIMAS. Pada sidang pertama itu […]

UNIMAS lubuk ampuh bangunkan negara

KOTA SAMARAHAN: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mahu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi rakan strategik Kerajaan Sarawak dalam usaha membangunkan negeri ini selaras dengan dasar-dasar yang dirancang. Beliau yang juga Cancelor UNIMAS berkata, dengan adanya program-program yang memenuhi keperluan industri masa kini dan memperkasakan keusahawanan, UNIMAS dapat memainkan peranan […]

Perkhidmatan Awam Sarawak hantar delegasi ke Sri Lanka, Jepun

KUCHING: Perkhidmatan Awam Sarawak akan menghantar delegasi ke Konvensyen Antarabangsa Mengenai Kawalan Kualiti (ICQCC) 2024 di Colombo, Sri Lanka mulai 11 hingga 14 November ini. ICQCC 2024 ialah acara tahunan yang mengumpulkan pengamal inovasi dari seluruh dunia untuk bersaing dan berkongsi idea, pengalaman serta kepakaran dalam usaha meningkatkan produktiviti. Delegasi terbabit disertai seramai 35 pegawai dan […]

Jambatan Titian Perpaduan tarikan baharu pelancong

MIRI: Jambatan Titian Perpaduan terletak di Taman Bulatan Miri bukan sahaja menjadi tarikan baharu pelancong di bandar raya peraginan, malah sebagai simbol perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini. Mercu tanda ikonik itu dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini. Direka menggunakan buluh tradisional yang biasa dilihat di […]

Tanaman halia miliki potensi tinggi

BETONG: Tanaman halia berpotensi untuk dieksport ke luar negara hingga ke negara Eropah, Amerika Syarikat dan China. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia amat sesuai untuk tujuan komersial dan eksport kerana memiliki banyak manfaat yang digunakan dalam produk kosmetik dan farmaseutikal. Jelas beliau, setakat ini Malaysia hanya mampu mengeksport beberapa […]

Cadangan anjurkan taklimat PCDS 2030 peringkat kampung – Safiee

DARO: Taklimat dan penerangan inisiatif dan strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 Kerajaan Sarawak dicadang di peringkat kampung di daerah ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ini kerana penduduk Daro begitu berselerak di bawah pentadbiran Daerah Sibu, Meradong, Matu dan Daro. “Barangkali kita boleh adakan peringkat lebih dekat lagi (dengan penduduk […]

Kuala Rajang berpotensi kawasan jelapang padi

TANJUNG MANIS: Kuala Rajang berpotensi besar sebagai salah satu lagi jelapang padi Sarawak susulan mampu menjadi pengeluar hasil pertanian dan perikanan utama di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, cadangan itu bakal dikemukakan kepada Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. “Bagi kawasan utara, Premier Abang Johari […]

Ahli Parti PBB bantu jayakan inisiatif majukan rakyat

TANJUNG MANIS: Misi dan visi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mesti melangkah jangkauan zaman dalam era kecerdasan buatan (AI) mengikut peredaran zaman. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dengan misi dan visi berteraskan ‘Sarawak Untuk Semua, Semua Untuk Sarawak’ maka beberapa inisiatif dan pencapaian khususnya Parti PBB dan Gabungan Parti Sarawak […]

3.4 hektar tanah untuk makmal penyelidikan agro kelapa Sebuyau

SEBANGAN: Sebanyak 3.4 hektar tanah di sekitar kawasan ini diguna untuk pembangunan Pilot Projek Makmal Penyelidikan Agro Kelapa Sebuyau Fasa Satu. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, selebihnya beberapa kawasan sekitar termasuk Kampung Tebelu, Sebuyau untuk projek melibatkan kawasan seluas 25 hektar itu. “Kita juga mengenal pasti 26.66 hektar kawasan di Kampung […]