Year: 2024

Dasar baharu Sarawak tangani isu sekolah, klinik usang – Ahmad Johnie

SIBU: Dasar baharu Kerajaan Sarawak mempercepatkan pembaikan sekolah dan klinik rosak menggunakan dana negeri merupakan pendekatan berkesan bagi menangani segera isu sekolah dan klinik usang di negeri ini. Dana negeri itu kemudian dibayar balik Kerajaan Persekutuan. Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi percaya melalui dasar baharu itu, isu sekolah dan klinik usang kritikal dapat ditangani […]

Istilah ‘negeri’ DUN akan dibincang bersama Peguam Besar Sarawak

KUCHING: Istilah wilayah tidak dapat digunakan terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi menggantikan terminologi ‘negeri’. “Kita juga tidak dapat menggunakan penggunaan wilayah… kalau tidak kita macam Wilayah Labuan dan Persekutuan,” menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata demikian semasa mengunjungi rumah terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, […]

54,321 penerima bantuan bulanan Jan-Mac 2024

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan sebanyak RM64,495,350 kepada 54,321 penerima bantuan bulanan di Sarawak bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah itu, 6,970 merupakan penerima bantuan kanak-kanak. Sementara itu, 20,635 merupakan penerima Bantuan Warga Emas, Elaun Pekerja Orang Kurang […]

Projek bina Masjid Kampung Maludam perlukan kos tambahan

SIMANGGANG: Sejumlah RM3.8 juta peruntukan diluluskan Kerajaan Sarawak bagi membina baharu Masjid Kampung Maludam di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ini atas keprihatinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. “Terima kasih kepada Premier Abang Johari yang telah meluluskan peruntukan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat […]

RECODA lancar program iCPD

MIRI: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) melancarkan Program Pembangunan Profesional Berterusan Industri (iCPD), di sini, hari ini. Menurut kenyataan RECODA, Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyempurnakan majlis pelancaran terbabit. “RECODA mengukuhkan semula komitmen untuk meningkatkan kemahiran, memupuk kerjasama dan meningkatkan kebolehpasaran melalui program iCPD,” kata kenyataan […]

Kesihatan mental antara isu sosial utama pengaruhi masyarakat

KUCHING: Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS) mengenalpasti kesihatan mental sebagai salah satu daripada 14 isu sosial utama mempengaruhi masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, terdapat kaitan antara kebimbangan kesihatan mental dengan isu sosial lain yang sedang mendapat perhatian. Antaranya penyalahgunaan dadah dan alkohol, keganasan rumah tangga, kehamilan […]

Sidang DUN: Tiga RUU dibentang

KUCHING: Sebanyak tiga Rang Undang-undang (RUU) akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 mulai 6 hingga 15 Mei ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu salah satu daripada RUU berkenaan berkaitan perhutanan. RUU kedua pula mengenai Perbekalan Tambahan bagi memastikan Sarawak mempunyai perbelanjaan mencukupi. Manakala […]

Pesaing politik iktiraf inisiatif GPS, berjaya tingkat pendapatan

KUCHING: Inisiati Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya meningkatkan hasil diperoleh Sarawak sekali gus membolehkan banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato’ Ibrahim Baki berkata ini termasuk projek yang memerlukan peruntukan besar sehingga inisiatif ini diiktiraf oleh pesaing politik. “Inisiatif Abang Johari dan Kerajaan Sarawak turut diiktiraf oleh pesaing politik, […]

Projek sudah siap perlu dinilai, diteliti penggunaan

KUCHING: Projek Rancangan Tempatan Limbang Lawas 2035 bakal mengubah wajah pembangunan di kedua-dua daerah berkenaan. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek diletakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) itu harus diberikan tumpuan. Dengan adanya kajian komprehensif mengenai projek ini, katanya ia […]