SARATOK: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membelanjakan sebanyak RM2.515 juta bagi projek pemasangan meter elektrik di dua kampung di sini. Projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) sebanyak RM545,000 di Kampung Lot Bunian dan RM1.97 juta (Kampung Pagan). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebanyak 38 rumah menerima projek ALAF di Kampung […]
Premier Sarawak santuni anak-anak istimewa
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membawa keriangan kepada anak-anak yatim, anak-anak tahfiz dan anak-anak istimewa sempena Ramadan dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Premier Sarawak. Majlis diadakan di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol malam tadi merupakan program tahunan DBKU dalam memastikan golongan istimewa tidak terpinggir dari turut sama mengimarahkan Ramadan. Lebih 200 orang tetamu […]
Bayi diselamat di Baby Hatch BMC, ibu kandung diminta berjumpa menteri
KUCHING: Empat kes pembuangan bayi termasuk seorang bayi perempuan yang diselamatkan di Baby Hatch Borneo Medical Centre (BMC) pagi semalam direkodkan di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 54 kes pembuangan bayi atau janin direkodkan bagi lapan tahun lalu, antara Januari 2016 hingga Disember 2023. “Ia merupakan […]
Fasiliti SUKMA Sarawak siap Jun ini
KUCHING: Fasiliti sukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak akan siap sepenuhnya pada Jun ini, menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Katanya, beberapa kemudahan sukan yang sepatutnya siap awal mengalami sedikit kelewatan akibat penularan pandemik Covid-19. “Jadi untuk proses ‘mobilised’ memang mengambil masa sehingga menyebabkan kelewatan […]
Tarik pelabur ke Sarawak
KUALA LUMPUR: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetengahkan tentang perlunya bersikap proaktif dalam menarik pelaburan terutama dalam bidang ekonomi baharu seperti hidrogen hijau, CCUS dan tenaga diperbaharui. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak mengetengahkan perkara itu semasa bermesyuarat dengan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI), […]
PADU: Kementerian Ekonomi akan berbincang dengan Kerajaan Sarawak minggu depan
KUCHING: Kerajaan Sarawak dipercayai mempunyai alasan tersendiri untuk menghentikan proses pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di negeri ini. Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, beliau yakin mesti ada sebab mengapa Kerajaan Sarawak mengambil keputusan tersebut. “Apa yang dilakukan sekarang adalah Kementerian Ekonomi akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kerajaan Sarawak minggu depan. “Kita belum […]
Lebih ramai disaran hulur sumbangan kepada YKN
KUCHING: Syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan disaran menyumbang kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, YKN ditubuhkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya yang melibatkan keluarga dan kanak-kanak. “Penglibatan para penyumbang melalui platform tanggungjawab sosial korporat dengan YKN membolehkan lebih ramai […]
120 terima sumbangan Majlis Iftar Jamaie Nexgen Petra Jaya
KUCHING: Seramai 120 orang menerima sumbangan duit raya di Majlis Iftar Jamaie Nexgen Petra Jaya 2024 di Masjid Al Ghazali, Jalan Depo, di sini, hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof menyampaikan sumbangan itu kepada seramai 60 orang anak-anak Rumah Amal Nur Murni. Seterusnya kepada seramai 30 orang pelajar Madrasah Darul Uloom Al […]
Tidak ada draf perjanjian diberi – Fadillah
KUCHING: Tiada draf perjanjian baharu berkaitan tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang diserah oleh Kerajaan Mahdani kepada parti itu seperti didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN). Demikian tegas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof sambil menambah, beliau tidak menyerahkan sebarang draf dokumen seperti didakwa semasa pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin. “Draf ini turut […]
RM2.2 juta projek infrastruktur pertanian DUN Kalaka sudah bermula
SARATOK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dianggarkan memperuntukan lebih RM60 juta bagi infrastruktur pertanian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, setakat ini sebanyak RM2.2 juta projek infrastruktur pertanian terbabit sudah bermula dan banyak lagi bakal menyusul. “Saya kira dalam lingkungan satu pertiga atau lebih RM60 juta […]
