LUNDU: Seramai 198 pesakit dibantu dengan jumlah perbelanjaan sebanyak lebih RM9.3 juta di bawah inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) Kerajaan Sarawak sejak 1 Januari, 2020 hingga 31 Januari 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pada 2023 pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak membeli 24 buah mesin haemodialisis […]
Industri buluh berkembang pesat, syarikat, komuniti tempatan digalak tanam
KUCHING: Syarikat tempatan digalak menceburi penanaman buluh di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana buluh mempunyai banyak kegunaan dan sektor buluh semakin berkembang pesat pada masa ini. “Bukan syarikat sahaja, komuniti tempatan juga boleh melibatkan diri dalam sektor ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Derma […]
Tabung Haji sasar 100 peratus pendeposit umat Islam Sarawak
KUCHING: Lembaga Tabung Haji mensasarkan untuk mencapai 100 peratus pendeposit dalam kalangan penduduk Islam di negeri ini, menurut Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said. Katanya, ketika ini jumlah pendeposit dalam kalangan penduduk Islam di Sarawak hanyalah 40 peratus atau 325,000 orang. Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua […]
Naik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai depan
KUCHING: Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang dijangka siap menjelang Julai tahun ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek yang bermula 1 Mac 2021 itu akan meningkatkan kapasiti air dari loji berkenaan sebanyak 104 juta liter sehari (MLD) bagi memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat hari ini. Menurutnya, […]
Nur Azhar Bujang dilantik Setiausaha DUN Sarawak
KUCHING: Anak kelahiran Kuching, Nur Azhar Bujang, 39, mengangkat sumpah pelantikan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Menurut kenyataan DUN Sarawak, beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Bangunan DUN Sarawak. Nur Azhar Bujang mendapat pendidikan awal di Kolej Tun Datu Tuanku […]
Sarawak mahu model pembiayaan alternatif tangani sekolah usang
KUCHING: Sarawak mahu kementerian berkaitan peringkat Kerajaan Pusat bekerjasama menghasilkan model pembiayaan alternatif bagi menangani isu sekolah usang. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee berkata, antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Saya percaya Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan KPM akan dapat mengatur strategi dan menghasilkan […]
Pelaksanaan inisiatif Smart 600 disambut baik – Mohamad Shafizan
KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan inisiatif Smart 600 bagi membina 600 menara di seluruh negeri disambut baik. Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata, Smart 600 dilaksanakan bagi menambahbaik liputan internet dan jaringan komunikasi di Sarawak. Dalam hal ini, beliau berharap agar kesemua menara ini kelak dapat beroperasi sepenuhnya […]
SUKMA: 45 fasiliti sukan dinaik taraf
KUCHING: Kerajaan Sarawak mengarahkan kerja naik taraf dan baik pulih fasiliti sukan sebagai venue Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di negeri ini disiapkan sepenuhnya Jun ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana terdapat sebanyak 45 fasiliti sukan di lima bahagian yang terlibat sedang dinaik taraf atau dibaik […]
Jangan sembunyi masalah di lapangan – Uggah
KUCHING: Semua pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) diingatkan agar berterus terang berhubung masalah semasa melaksanakan projek di lapangan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setiap isu dan masalah di lapangan tidak harus disembunyikan sebaliknya dimaklumkan kepada beliau dan pengurusan tertingginya semasa taklimat untuk […]
Asnaf Zon Sematan terima sumbangan
LUNDU: Seramai 35 orang asnaf dari Zon Sematan menerima sumbangan di Surau Darul Ibadah Kampung Siru Melayu Sematan, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyampaikan sumbangan kepada golongan terbabit. Beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Rajiah Mat untuk memudahkan pergerakan dalam mendapatkan rawatan. Selain itu, […]
