KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli menyokong usul membahas bencana banjir dan tanah runtuh di Sarawak dan Sabah pada persidangan Dewan Rakyat di sini. Usul membahas bencana banjir dan tanah runtuh itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Miri di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Beliau berkata, usul itu amat penting untuk diperbahaskan kerana insiden […]
Rumah Telajan, Ulu Budu terjejas tanah runtuh, semua selamat
KRIAN: Tiada kemalangan jiwa akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Telajan, Ulu Budu di sini, hari ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, mereka menerima panggilan kejadian itu sekitar jam 9.10 pagi dan setibanya di lokasi mendapati tanah runtuh melibatkan bahagian dapur dan berlaku retakan di bahagian […]
RM1 bilion ganti paip lama
KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion bagi menyegerakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek itu membabitkan paip lama yang telah uzur terutama di kawasan yang sering mengalami kebocoran dan tekanan air rendah. Pelaksanaan projek itu juga untuk menambah baik […]
Substesen elektrik dihenti ketika banjir
KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang mengawasi dari semasa ke semasa substesen bekalan elektrik di seluruh negeri ini semasa bencana banjir. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini kerana substesen terbabit perlu dihentikan operasinya sekiranya berlaku banjir bagi menjaga keselamatan orang ramai. “Sebab nanti kita boleh terkena renjatan elektrik, sebab air […]
TYT hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-268 yang berlangsung di Istana Negara di sini hari ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Aminul Karim Sultan […]
Teliti semula status guru opsyen
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) digesa supaya meneliti semula dan mencari penyelesaian yang lebih adil dan profesional terhadap guru opsyen Bahasa Inggeris (BI) yang berstatus kontrak. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, meskipun KPM tidak berkompromi dengan syarat kelayakan calon guru opsyen Bahasa Inggeris bagi memastikan kualiti subjek itu di sekolah mencapai tahap ditetapkan, […]
Bapa Parti PBB Lawas, Pengiran Jawa meninggal dunia
LAWAS: Bekas pengasas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) daerah Lawas Dato Pengiran Jawa Pengiran Amjah kembali ke rahmatullah malam tadi. Allahyarham Pengiran Jawa yang mempunyai 10 orang anak, meninggal dunia pada usia hampir 97 tahun. Menurut ahli keluarga, jenazah akan disempurnakan pagi ini dan dikebumikan menjelang tengah hari. Allahyarham adalah bapa kepada Setiausaha Politik kepada Premier […]
Tanah runtuh: Struktur Bukit Kanada dikaji
MIRI: Pakar jurutera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Cawangan Kejuruteraan Cerun akan menjalankan kajian terperinci terhadap struktur Bukit Kanada susulan tragedi tanah runtuh dan hakisan yang berlaku di Kampung Lereng Bukit, baru-baru ini. Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menegaskan, kajian ini bertujuan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mencadangkan langkah mitigasi […]
PLKN 3.0 di Sarawak: 70 peratus latihan asas ketenteraan
KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dijalankan di Kem Regimen 511 Askar Wataniah di Sarawak mulai 2026. Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin berkata syarat asas yang perlu dipenuhi pelatih program terbabit ialah semua remaja warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia, mencapai umur tidak kurang 16 tahun dan tidak melebihi 35 […]
Ko-kurikulum sekolah perlu reformasi
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya bagi Kementerian Pendidikan melakukan reformasi ko-kurikulum untuk memastikan program ko-kurikulum di sekolah-sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, reformasi yang hendak dilaksanakan itu membabitkan pertambahan peruntukan yang sedia ada. “Isu ini sering menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan guru yang terlibat kerana aktiviti […]
