Month: March 2025

Premier Sarawak berbuka puasa bersama kakitangan DBKU

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam. Seramai 300 kakitangan DBKU hadir di majlis itu yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri, kakitangan DBKU dan masyarakat, selain mengimarahkan Ramadan. Premier Sarawak turut menyampaikan […]

695 penerima terima sumbangan Sejambak Kasih

SIMANGGANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman menyalurkan sebanyak RM7.895 juta kepada seramai 5,808 penerima bantuan bulanan dari Januari hingga Mac tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, seramai 2,649 penerima Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak (707), Bantuan Am (1,452), Elaun Pekerja Orang Kelainan Upaya (169), Bantuan Penjagaan […]

Isu Petronas-Petros: UKAS digesa bantu tangani provokasi negatif orang ramai

PUTRAJAYA: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) disaran agar memainkan peranan dengan menepis provokasi orang ramai yang mendesak Sarawak keluar dari Malaysia sebagai bantahan terhadap isu hak kawalan minyak dan gas membabitkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros). Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof menegaskan, Sarawak akan terus kekal dalam Malaysia dan […]

Forum Ramadan 1446H/2025M himpunkan tiga pertubuhan

KUCHING: Forum Ramadan 1446H/2025M yang julung kali dianjurkan secara bersama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) di Wisma Sabati mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 250 ahli dari ketiga-tiga pertubuhan tersebut. Hadir menyerikan program ialah Pengerusi SABATI, Datuk Amar Juma’ani […]

Ahmad Johnie ceriakan anak yatim, asnaf dalam majlis iftar di Igan

IGAN: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi meneruskan aktiviti semarak Ramadan dengan menyertai Majlis Iftar Ramadan dan Penyampaian Bantuan Kepada Balu dan Anak Yatim Igan. Program berlangsung semalam itu dianjurkan oleh USK Cawangan Igan di Masjid Darul Falah Igan. Dalam ucapannya, Ahmad Johnie menekankan kepentingan Ramadan sebagai bulan penuh keberkatan. “Tiada yang lebih utama selain […]

Tiga badan kebajikan terima sumbangan SEDC

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menyalurkan sumbangan dana pendidikan dan keperluan asas berjumlah RM30,880 kepada tiga badan kebajikan di bawah naungan HIKMAH. Ia sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyemarakkan bulan Ramadan. Sumbangan tersebut disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan […]

LCDA santuni anak yatim, asnaf

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tuanku Bujang meluangkan masa menyempurnakan Majlis Iftar Darul Hana 2025 anjuran Lembaga Pembangunan & Lindungan Tanah (LCDA) di sini, hari ini. Seramai 600 tetamu menghadiri majlis tersebut, terdiri daripada kakitangan LCDA, ketua-ketua masyarakat Kampung Seberang Hilir, ketua-ketua […]

LAKMD bantu 300 asnaf raikan Syawal

DARO: Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) meneruskan inisiatif membantu golongan memerlukan menjelang sambutan Syawal dengan menghulurkan sumbangan kepada 300 asnaf dari 15 kampung di Tanah Besar Daro. Majlis diadakan sempena Majlis Ceramah Sambutan Nuzul Al-Quran 1446H/2025M dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Al-Muhsiniin, di sini, malam tadi. Ia dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri […]

Tuntutan Sarawak ke atas sumber minyak, gas berasaskan fakta, semangat MA63

KUALA LUMPUR: Senator-Senator dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini menegaskan bahawa tuntutan Sarawak untuk mendapatkan semula hak penuh ke atas sumber minyak dan gas adalah berasaskan fakta sejarah dan perundangan yang sah, serta semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim berkata, barisan Senator dari GPS ingin memperbetulkan pelbagai dakwaan […]