Month: March 2025

Australia minat bekerjasama dengan Sarawak

KUCHING: Wilayah New South Wales (NSW), Australia, mengakui Sarawak memiliki potensi besar dalam tenaga diperbaharui terutama tenaga hidro, kata Persuruhjaya Kanan Perdagangan NSW, Andrew James Paker. Beliau berkata, sehubungan itu NSW mendapati peluang besar untuk mewujud kerjasama dengan Sarawak dalam sektor terbabit. NSW yang memiliki kepakaran dalam tenaga hijau, berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam […]

775 penduduk Sebuyau dapat akses internet melalui MySBRN

SEBUYAU: Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySBRN) kini mempunyai seramai 29,400 pelanggan di seluruh Sarawak. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini termasuk seramai 775 pelanggan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau bagi mendapatkan akses internet. Berikutan itu, beliau menggalakkan penduduk luar bandar memanfaatkan perkhidmatan MySBRN yang ditawarkan pada […]

120 penduduk Sebuyau dapat bakul makanan Ramadan

SEBUYAU: Kira-kira 120 golongan kurang bernasib baik di kawasan ini menerima bakul makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Sahabat Amal Care Negeri Sarawak, semalam. Mereka terdiri daripada golongan kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, anak-anak yatim dan mereka yang berpendapatan rendah. Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Amal Care Negeri Sarawak, Wan Lukmanhakim Wan Sajali dalam majlis […]

Majlis Sejambak Kasih Hari Raya bantu golongan memerlukan

MIRI: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) komited membantu golongan memerlukan semasa musim perayaan menerusi Majlis Sejambak Kasih Hari Raya 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha itu diteruskan di Miri dengan seramai 738 penerima bantuan kebajikan menerima sumbangan itu pada tahun […]

Peluang kerjasama Sarawak-Australia sangat luas

KUCHING: Peluang antara Sarawak dan Australia untuk mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang adalah sangat luas. Perkara itu dibincangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa menerima kunjungan hormat Persuruhjaya Perdagangan Kanan New South Wales, Andrew Parker, Presiden Dewan Perniagaan Sarawak Australia, Rodger Chan dan rombongan di sini hari ini. Antara peluang […]

Simanggang Ramadan Fest sediakan peluang pada peniaga kecil

SIMANGGANG: Biro Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.28 Lingga menganjurkan Simanggang Ramadan Fest di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor yang merasmikan bazar tersebut turut mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada penduduk setempat yang dianjurkan Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Lingga. […]

Projek saluran pembentungan Kampung Gita dijangka siap akhir tahun ini

KUCHING: Projek pembinaan saluran pembentungan di Kampung Gita melibatkan tiga fasa utama dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzruddin Abdul Rahman berkata, pihaknya bersama Jabatan Pembentungan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan kontraktor terlibat sentiasa berusaha mempercepatkan proses pembinaan. “Salah satu isu utama yang dibangkitkan ialah keadaan […]

CATS anjur program bubur lambuk, sungkey di Mukah

MUKAH: Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk CATS diagihkan kepada masyarakat di Menara Jam Mukah dan Bazar Ramadan Mukah di sini bermula, seawal jam 4 petang semalam. Program anjuran syarikat radio pertama Sarawak, CATS itu dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Pusat Khidmat P213 Mukah disempurnakan Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib. Beliau turut menyantuni […]

Ahmad Johnie santuni pelajar SK Bruan Mapal

MATU: Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni ibu bapa, pelajar dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Bruan Mapal, di sini dalam Majlis Berbuka Puasa di Surau Darul Insyirah, malam tadi. Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Sumbangan Kasih Ramadan kepada 10 penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan. Beliau dalam ucapan ringkasnya berkata, sumbangan […]