Month: July 2025

Kerajaan GPS tunaikan janji, BKK pelajar Sarawak di IPT mula disalur

KUALA LUMPUR: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menunaikan janji dengan mengagihkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) Pelajar Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bermula hari ini. Kira-kira 42,000 pelajar Sarawak yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara akan menerima bantuan tersebut yang akan disalurkan secara berperingkat. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan […]

Sarawak peneraju tenaga diperbaharui, hab semikonduktor dan angkasa lepas

PONTIANAK: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai rombongan dari Sarawak ke Pontianak, Indonesia semalam bertemu dengan Gabenor Kalimantan Barat, Drs. H. Ria Norsan untuk membincangkan hubungan strategik. Lawatan itu mencerminkan komitmen Sarawak untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala, menarik pelaburan bernilai tinggi, memupuk inovasi dan meningkatkan kesepaduan ekonomi serantau. Pada […]

Skor IHI Sarawak: Hubungan majikan, pekerja baik

KUCHING: Syarikat di Sarawak diharap menyertai Indeks Industri Harmoni (IHI) SA yang menunjukkan tahap hubungan antara majikan dan pekerja. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, ini melalui platform Industrial Relations Information System (IRIS) yang disediakan secara percuma Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM). “Syarikat yang melaksanakan IHI […]

Projek Jambatan Batang Lupar 1 lancar, bakal gantikan perkhidmatan feri

SEBUYAU: Projek Jambatan Batang Lupar 1 yang bakal menjadi jambatan terpanjang di Malaysia kini mencapai kemajuan 84 peratus dan dijangka dapat digunakan pada tahun depan. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jambatan sepanjang 4.8 kilometer (km) dengan tiang setinggi 111 meter (m) itu akan menjadi mercu tanda baharu negeri serta memendekkan masa […]

Kesihatan mental belia perlu dimasuk agenda arus perdana

KUCHING: Kesihatan mental dalam kalangan belia perlu dijadikan keutamaan dan dimasukkan sebagai agenda arus perdana. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, masalah itu bukan lagi isu sampingan. Katanya, ini kerana peningkatan kes kemurungan dan tekanan emosi dalam kalangan remaja amat membimbangkan. Ia selari dengan dapatan Tinjauan Kebangsaan […]

Sarawak laksana dasar perkasa badan pengawasan ketelusan, akauntabiliti

KUCHING: Sarawak mengambil langkah ke arah ketelusan, keterbukaan dan akauntabiliti melalui pelaksanaan dasar memperkasa badan pengawasan. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana salah satu faktor penentu kejayaan sesebuah negara ialah kepercayaan awam dan hanya dapat dibina melalui ketelusan, keterbukaan dan akauntabiliti. “Salah satu langkah penting yang telah diambil […]

Banyak titik panas dikenal pasti – Douglas Uggah

KUCHING: Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat bahagian dan daerah diarah untuk meningkatkan kesiapsiagaan bagi menangani jerebu dan kebakaran terbuka akibat cuaca panas dan kering ketika ini. Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hasil pemantauan menemukan banyak titik panas di beberapa kawasan di […]

Projek naik taraf Loji Rawatan Air Salim dahului jadual, bukti kemampuan kerajaan – Julaihi

SIBU: Projek menaik taraf Loji Rawatan Air Salim yang membabitkan kos RM291.4 juta kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 25.48 peratus, iaitu 8.85 peratus lebih awal daripada jadual asal. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pencapaian itu merupakan bukti kemampuan kerajaan negeri melaksanakan projek infrastruktur kritikal secara efisien dan terancang. “Projek ini […]

Perubahan iklim buka peluang strategik, bina komuniti berdaya saing

KUCHING: Perubahan iklim hari ini boleh dijadikan sebagai peluang strategik untuk membina masa depan lebih mampan dan inklusif bagi Sarawak, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perubahan iklim itu mampu membuka ruang baharu dari segi pekerjaan, membina komuniti berdaya saing dan memelihara warisan semula jadi Sarawak. Mengambil peluang daripada […]

Sarawak kukuhkan hubungan ekonomi, bakal tubuhkan STATO di Kalimantan

PONTIANAK: Sarawak mengukuhkan hubungan ekonomi serantau dengan penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) baharu di Kalimantan. STATO yang bakal ditubuh ini dijangka menjadi platform strategik utama dalam mempromosikan kepentingan perdagangan, pelaburan, dan pelancongan antara Sarawak dan Kalimantan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang mengetuai delegasi ke Kalimantan, menyatakan bahawa penubuhan […]