Month: July 2025

PETRONAS taja pelajar cemerlang SPM 2024

KUCHING: Seramai 110 pelajar cemerlang SPM 2024 dari Sarawak menerima tajaan pendidikan berjumlah RM28 juta daripada PETRONAS menerusi program Powering Knowledge. Pelajar terpilih akan melanjutkan pengajian dalam bidang seperti kejuruteraan, undang-undang dan ekonomi di universiti dalam dan luar negara, termasuk Universiti Teknologi Petronas (UTP), United Kingdom dan Australia. Mereka dipilih daripada hampir 9,000 pemohon berdasarkan […]

Abang Johari hadiri Konsultasi Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-13

JAKARTA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menghadiri beberapa program rasmi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta, hari ini. Ia sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia ke Konsultasi Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-13. Antara atur cara utama termasuk pertemuan Perdana Menteri dengan Ketua-Ketua Pengarang Media Indonesia dan ahli Persatuan Ikatan […]

Parlimen Saratok akan jadi lokasi keempat program PKD Mobile

PUSA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menganjurkan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile di Parlimen Saratok. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata PKD Mobile diperkenalkan sejak 2023 memainkan peranan penting dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada penduduk luar bandar yang masih terpinggir. Katanya bagi tahun ini, KKDW merancang mengadakan enam […]

SMK Long Lama bakal miliki Makmal Mini T&T

LONG LAMA: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) mengumumkan pemberian peralatan menubuhkan Makmal Mini Think & Tinker (T&T) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau mengumumkan pemberian terbabit bagi menyokong usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak pelajar di kawasan itu. “Saya […]

SFC, Mubadala Energy pulihkan kawasan paya bakau, tanam 2,000 pokok

KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Mubadala Energy mengadakan aktiviti penanaman simbolik pokok di Taman Negara Kuching Wetland, di sini, hari ini. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah SFC, Datuk Len Talif Salleh. Program yang berlangsung di kawasan Sungai Lemidin dalam tapak Ramsar ini […]

Jangan remehkan isu kesihatan mental – Gerald

KUCHING: Kesihatan mental tidak boleh lagi dianggap sebagai isu pinggiran kerana ia melibatkan kesejahteraan belia yang menjadi tunjang kemajuan negara. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, stigma masyarakat terhadap masalah kesihatan mental harus dihapuskan kerana ia hanya menambah tekanan kepada golongan yang terjejas. “Negara tidak akan berkembang tanpa […]

Abang Johari hadiri rundingan tahunan Malaysia-Indonesia Ke-13

JAKARTA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tiba di Jakarta bersama delegasi Kerajaan Sarawak hari ini bagi menghadiri Pra-Mesyuarat sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Indonesia serta Rundingan Tahunan Malaysia–Indonesia ke-13. Premier Sarawak dan rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma pada jam 11.17 pagi waktu tempatan […]

600 kanak-kanak tadika SeDidik jalani saringan program Toy8

KUCHING: Seramai 600 kanak-kanak tadika SeDidik menjalani saringan bagi pengesanan awal kelewatan perkembangan melalui program Toy8 di negeri ini sejak 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dari saringan itu seramai 59 kanak-kanak terbabit telah dikenal pasti memerlukan intervensi. “KPWK Sarawak telah bekerjasama dengan Toy8, sebuah perusahaan […]

King Peddle GT Raja Sungai Gedong

GEDONG: Perahu lumba ‘King Peddle GT’ dinobat sebagai Raja Sungai Daerah Gedong apabila menjuarai acara regata perahu bidar dengan 30 pengkayuh akhir dalam Regata Gedong hari ini. Pasukan King Peddle GT membawa pulang Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Abang Johari Tun Openg yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.26 Gedong dan hadiah wang […]

Kemajuan infrastruktur tingkatkan nilai tanah NCR

BINTULU: Penduduk Sebauh dan sepanjang Batang Kemena diingatkan agar tidak melepaskan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di sini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menegaskan nilai tanah NCR terbabit akan terus meningkat seiring kemajuan infrastruktur di kawasan mereka. “Jangan […]