Month: May 2026

Sejambak Kasih bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat

DEBAK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak membantu golongan memerlukan menerusi pelaksanaan program Sejambak Kasih yang dilaksanakan lebih 20 tahun di seluruh negeri. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, program itu melibatkan pemberian wang sumbangan RM100 serta hamper bernilai RM80 kepada penerima bantuan. Menurut beliau, program tersebut bukan sahaja diadakan sempena Hari […]

1,440.3 hektar tanah di Mambong diwartakan tanah NCR

PADAWAN: Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang menjadi inisiatif Kerajaan Sarawak akan terus dilaksanakan secara percuma dan tanpa bayaran premium atau cukai tanah. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan juga memberi jaminan program itu memberi pegangan hak milik kekal tanah kepada pemilik dan pengukuran tanah hanya dilaksanakan prosesnya selepas permohonan […]

Kerajaan percepatkan proses ukur tanah NCR, 110,815 lot diukur setakat 30 April lalu

BETONG: Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) merekodkan sebanyak 110,815 lot individu berjaya diukur setakat 30 April lalu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, ia melibatkan keluasan 132,414 hektar di seluruh negeri. Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 37,168 lot dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah […]

Kontrak EPC Platform Sirung dimeterai, industri tenaga Sarawak diperkukuh

KUCHING: PTTEP Sarawak Oil Limited dan Brooke Holding Sdn Bhd (BHSB) memeterai kontrak penyediaan kerja Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) Projek Platform Sirung hari ini. Projek ini melibatkan kira-kira 8,500 tan metrik komponen topside dan substruktur bagi pembangunan hidrokarbon Medan Sirung terletak kira-kira 140 kilometer (km) dari Kompleks Malaysia LNG (MLNG) di Bintulu. Premier Sarawak, […]

24 rumah panjang DUN Kabong terima bakul makanan

KABONG: Seramai 876 penerima daripada 24 rumah panjang di DUN Kabong menerima bakul makanan sempena Hari Gawai. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, bantuan itu melibatkan warga emas, oranh kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal yang layak, sebagai usaha meringankan beban mereka membuat persiapan perayaan. Majlis simbolik penyerahan diadakan di […]

RUU Warga Emas sedang ditambah baik

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas kini dalam fasa penambahbaikan menerusi sesi libat urus berterusan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk persatuan yang mewakili golongan warga emas di negara ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, kementeriannya (KPWKM) masih menerima pelbagai input dan cadangan yang perlu diperhalusi sebelum RUU tersebut dibentangkan […]

Anak tidak sah taraf layak dipertimbang indikator ‘K’ di Sarawak

KUCHING: Kanak-kanak berstatus anak tidak sah taraf di Sarawak layak dipertimbangkan untuk diberikan indikator ‘K’ dalam kad pengenalan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia selaras dengan maklumat ibu atau bapa kandung yang tercatat dalam sijil kelahiran. “Kelayakan itu turut melibatkan kanak-kanak yang memperoleh kewarganegaraan di bawah Perkara 15A […]

Sarawak galak lebih ramai pengguna domestik sertai Program NEM

KUCHING : Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) menggalakkan lebih ramai pengguna domestik di Sarawak menyertai program Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering – NEM). Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, langkah tersebut adalah melalui pemasangan Sistem Solar Fotovoltaia (PV) atas bumbung. “Ia bagi membantu mengurangkan kos bil elektrik serta menyokong agenda peralihan tenaga negeri,” […]

Gawai Dayak dirai, cerminkan semangat kebersamaan dan kepelbagaian kaum

LAWAS: Gawai Dayak antara perayaan utama masyarakat di Sarawak yang mencerminkan semangat kebersamaan dalam kepelbagaian, sekali gus menjadi kekuatan utama rakyat negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, setiap perayaan di Sarawak diraikan bersama tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun budaya. Menurut beliau, keunikan tersebut jelas apabila perayaan seperti […]