SIBU: Sebanyak 25 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta tiga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di kawasan Sungai Lengan dan sekitarnya menerima sumbangan berjumlah RM132,000 di sini. Penerima sumbangan melibatkan sembilan JKKK di Sungai Lengan, tujuh di Batang Lassa, empat di Sungai Serban serta masing-masing satu di Nanga Singat, Sungai Sebinjai, Sungai Mawan […]
Pra-Gawai 2026 eratkan hubungan pemimpin, rakyat
SIBU: Sambutan pra-Gawai Dayak 2026 menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat selain memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum. Selain sambutan berkenaan, Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Bunga, Sungai Lengan berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk rumah panjang serta masyarakat. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, sambutan ini juga memperkukuhkan perpaduan […]
Kerjasama Pusat Khidmat, UKAS perluaskan maklumat kerajaan ke peringkat akar umbi
KUCHING: Kerjasama erat pusat khidmat wakil rakyat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mampu memperkasa usaha penyampaian maklumat secara berkesan kepada rakyat sehingga ke peringkat akar umbi. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan membuktikan […]
Wanita Parti PBB Daro bantu perkukuhkan hubungan, aktiviti masyarakat
DARO: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perpaduan masyarakat serta menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan di peringkat akar umbi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, wanita bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah turut berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti. […]
Aktiviti menarik sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong di Betong
BETONG: Bahagian Betong bakal menerima limpahan ekonomi apabila kira-kira 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Peringkat Sarawak mulai 11 hingga 14 Jun ini. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, sambutan itu akan memberi manfaat kepada peniaga […]
SCaT Fair 2026 sasarkan 25,000 pengunjung, mulai 6-7 Jun ini
KUCHING: Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (Pesta SCaT) akan diadakan di Pusat Acara Hikmah Exchange di sini, mulai 6 hingga 7 Jun ini. Pameran terbesar itu mensasarkan lebih 25,000 pengunjung fizikal dan lebih 100,000 penonton dalam talian di seluruh negeri. Edisi ke-12 pameran berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), dengan […]
320 ketua isi rumah terima sumbangan Ziarah Aidiladha
KUCHING: Seramai 320 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan daging lembu segar dan telur semasa Program Sejahtera MADANI: Kebajikan – Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha 1447H di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menyampaikan sumbangan berkenaan di Masjid Darul Hana, di sini. Penerima sumbangan berkenaan terdiri daripada mereka berdaftar […]
Pelaburan tenaga Samalaju pacu ekonomi Sarawak
BINTULU: Projek Loji Janakuasa Kitaran Gabungan Samalaju (CCPP) Samalaju kini mencapai kemajuan sebanyak 37 peratus dan bakal memainkan peranan penting dalam menyokong peningkatan permintaan tenaga elektrik. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata, ini khususnya dari Taman Perindustrian Samalaju serta keseluruhan grid Sarawak. “Projek ini akan menyediakan kapasiti penjanaan berasaskan gas bagi […]
Program Rhythm tingkatkan kesejahteraan warga emas, OKU
KUCHING: Program Ritma Kehidupan Harmoni (Rhythm) mensasarkan seramai 6,500 peserta Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi program sukarelawan itu meningkatkan kesejahteraan peserta. “Ia melalui 133 program masing-masing membabitkan Sihat Warga Emas, […]
Tujuh rumah panjang bakal nikmati kemudahan jalan, elektrik, bakal siap 2027
MATU: Penduduk tujuh rumah panjang di Sungai Passin bakal menikmati kemudahan jalan raya dan elektrik menerusi dua projek infrastruktur yang kini giat dilaksanakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad berkata, projek itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027. “Penduduk akan menikmati sistem perhubungan yang selesa dan akses bekalan elektrik stabil apabila projek itu […]
