KUCHING: Sarawak dijangka menerima lebih empat juta pelancong menjelang akhir 2026 meskipun sasaran lima juta pengunjung masih belum dapat dipastikan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, negeri itu merekodkan kira-kira 3.5 juta pelancong sehingga September lalu. “Untuk tempoh September hingga Disember, saya yakin jumlah pelancong boleh melebihi […]
Pendayung antarabangsa sertai Regata Perahu Naga Sarawak 2026
KUCHING: Seramai 2,450 pendayung antarabangsa menyertai Festival Perahu Naga Antarabangsa Sarawak 2026 yang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching, hari ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejohanan tahun ini menerima penyertaan dari 22 negara. “Penyertaan antarabangsa yang ramai menjadikan Regata Sarawak antara acara yang dinanti-nantikan pengunjung, khususnya […]
Senarai calon GPS hanya dimuktamad selepas mesyuarat – Abang Johari
KUCHING: Teka-teki mengenai senarai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), termasuk kedudukan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), hanya akan terjawab selepas mesyuarat gabungan itu diadakan. Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan muktamad mengenai pemilihan calon belum dibuat, namun gabungan […]
Sidang terakhir DUN selesai, tumpuan beralih kepada pembubaran
KUCHING: Selepas berakhirnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 Rabu lalu, kini perhatian beralih kepada kemungkinan pembubaran dewan itu yang bakal membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13). Spekulasi mengenai pembubaran DUN semakin mendapat perhatian susulan jemputan sidang media khas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang dijadual berlangsung […]
Sarawak miliki Pusat Arkib bertaraf serantau
AYLA MEDINAFoto: HERRIEY NAHA KUCHING: Di sebalik deretan bangunan dan kemajuan yang mengubah wajah Sarawak, tersimpan satu amanah yang tidak boleh dinilai dengan angka sejarah tercatat pada helaian dokumen, rekod pentadbiran, perjanjian, manuskrip dan pelbagai bahan warisan negeri. Pembinaan Bangunan Arkib Sarawak menjadi antara langkah penting Kerajaan Sarawak untuk memastikan khazanah itu tidak sekadar menjadi […]
Penyertaan pempamer HPTN 2026 dibuka hingga 9 November ini
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak membuka penyertaan kepada syarikat, agensi dan pemain industri untuk menyertai pameran Hari Profesion Teknikal Negara 2026 (HPTN 2026) pada 1 hingga 2 Disember depan. Pameran itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi mengetengahkan inovasi, teknologi, produk dan penyelesaian dalam pelbagai sektor teknikal. HPTN 2026 menyediakan platform […]
3,124 kanak-kanak Sarawak dalam kajian indeks kesejahteraan
KUCHING: Seramai 3,124 kanak-kanak terlibat dalam kajian Indeks Kesejahteraan Kanak-Kanak Sarawak bagi menilai tahap kesejahteraan mereka berdasarkan tujuh dimensi utama. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kajian itu merupakan yang pertama dilaksanakan di Sarawak dengan dapatan awal dibentangkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). “Dapatan kajian ini […]
SABERKAS perluas penglibatan mahasiswa di IPT
KUCHING: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) terus memperluaskan penglibatan mahasiswa melalui penubuhan kelab SABERKAS di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak. Presidennya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara institusi terlibat ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS. “Penglibatan mahasiswa diharap […]
Kejayaan johan qariah antarabangsa inspirasi generasi muda
KUCHING: Kejayaan Ustazah Nur Syakura Muhamad Musa meraih gelaran Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-66 Tahun 1448H/2026M mendapat penghargaan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau menzahirkan penghargaan itu semasa menerima kunjungan hormat Nur Syakura di Astana Negeri Sarawak hari ini bagi mempersembahkan trofi kemenangannya. Turut […]
“Saya tidak ada maklumat mesyuarat GPS esok” – Abdul Karim
KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak dapat mengesahkan sama ada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bermesyuarat pada esok atau sebaliknya. Ini kerana katanya, mesyuarat GPS hanya melibatkan pengerusi dan setiausaha daripada empat parti komponen gabungan tersebut. “Saya tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut. “Bagaimanapun, saya telah menerima […]
