Year: 2026

11 kontinjen sertai Sukan Olimpik Khas Kebangsaan Malaysia Keenam

BINTULU: Sejumlah 422 atlet berkeperluan khas menyertai temasya Sukan Olimpik Khas Kebangsaan Malaysia Keenam Sarawak, di sini mulai 24 hingga 26 April. Mereka terdiri dari 11 kontinjen dari seluruh negara ini dan atlet terbabit juga disertai seramai 67 unified partners dan 219 delegasi dari jurulatih, pegawai kontinjen serta sukarelawan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof […]

Premier Sarawak hadiri majlis santapan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengiringi keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor ke Majlis Santapan Sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Ke-46. Majlis yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Glass House malam ini menyerlahkan peranan Wanita PERKIM Kebangsaan sebagai […]

Pelabuhan “mini Shanghai” Miri gerbang ekonomi utara Sarawak

MIRI: Pembangunan Pelabuhan Miri yang berkonsepkan “mini Shanghai” menunjukkan kemajuan memberangsangkan dan berpotensi menjadi gerbang kemasukan ekonomi baharu di utara Sarawak. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kemajuan fizikal pelabuhan itu semakin ketara dan dijangka melakar pencapaian signifikan sebelum musim monsun tahun ini. “Daripada pemerhatian kita, kemajuan pelabuhan ini sangat […]

Kaul Seraheng Kakan angkat Mukah ke peringkat antarabangsa

MUKAH: Upacara tradisi Kaul Seraheng Kakan masyarakat Melanau akan terus dipromosi sebagai produk pelancongan budaya berimpak tinggi di sini. Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib berikutan itu menegaskan, komitmen berterusan dalam mempromosikan acara seperti ini yang bukan sekadar upacara tradisi, malah merupakan lambang perpaduan dan identiti masyarakat Melanau yang […]

Premier Sarawak berjalan santai bersama warga Miri

MIRI: Pendekatan turun padang mendekati rakyat terus menjadi rutin Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Di Miri, beliau tidak melepaskan peluang menyertai program berjalan santai (brisk walk) sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Miri 2026 di Taman Bulatan Miri pada pagi ini. Orang ramai lmembanjiri lokasi program seawal jam 6 pagi […]

Pemimpin akar umbi bantu perangi berita tidak tepat

MIRI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa pemimpin peringkat akar umbi agar sentiasa peka dengan perubahan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri ini untuk disampaikan kepada rakyat. Abang Johari berkata, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) khususnya harus memainkan peranan untuk menepiskan tohmahan atau berita palsu yang tular di media sosial […]

Enam projek RTP siap, kerajaan terus perkasa pembangunan luar bandar

KABONG: Sebanyak enam projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong siap sepenuhnya, membabitkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM760,000. Peruntukan itu disalurkan bagi meningkatkan kemudahan asas serta kesejahteraan penduduk, selaras dengan usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa pembangunan luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee […]

Sektor pertanian sumbang RM15.1 bilion KDNK Sarawak

LIMBANG: Kerajaan Sarawak terusmentransformasikan sektor pertanian agar lebih berdaya saing dan berorientasikan teknologi moden yang menyumbang sebanyak RM15.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak pada 2024. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, transformasi ini bukan sekadar satu keperluan, malah merupakan peluang untuk mengangkat potensi Sarawak […]