Year: 2026

CCGT Miri pemangkin peralihan tenaga Sarawak, catat perkembangan positif

MIRI: Projek loji Combined Cycle Gas Turbine (CCGT) Miri milik Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus menunjukkan perkembangan positif apabila mencapai 45 peratus kemajuan setakat Mac 2026, dengan sasaran siap sepenuhnya menjelang hujung tahun 2027. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek bernilai kira-kira RM2 bilion itu merupakan antara komponen utama dalam […]

Dapatkan rawatan daripada pengamal bertauliah, premis berlesen KKM

KUCHING: Orang ramai yang mahu menjalani pembedahan plastik dinasihati supaya mendapatkan khidmat daripada doktor atau pengamalan perubatan yang ditauliahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, amalan perubatan kecantikan dan pembedahan plastik di Malaysia berpandu kepada tiga prinsip iaitu tatacara, pengamal dan premis yang dikawalselia oleh KKM. […]

Kampung Seberang Jaya, Kampung Nour Iman berpotensi sebagai destinasi pelancongan komuniti

BINTULU: Kerajaan mempertimbangkan cadangan melanjutkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026) hingga 2027. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, ini didorong ketidaktentuan geopolitik global, khususnya konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran dan tempoh tambahan ini membuka peluang kepada komuniti setempat. “Khususnya di luar bandar, untuk bersama-sama membangunkan serta mempromosikan produk […]

Tajang Laing meninggal dunia pada usia 100 tahun, kehilangan besar buat rakyat Belaga, Sarawak

BELAGA: Pemergian tokoh masyarakat Orang Ulu, Dato Sri Bo’ Tajang Laing, disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Belaga, malah seluruh Sarawak. Mendiang yang meninggal dunia di Kuching malam tadi pada usia 100 tahun meninggalkan legasi kepimpinan yang amat besar, khususnya dalam memperjuangkan pendidikan, perpaduan dan pembangunan masyarakat pedalaman. Timbalan Menteri Utiliti dan […]

Perlumbaan Bot Kuasa Antarabangsa Sibu mampu tarik pelancong

SIBU: Perlumbaan Bot Kuasa Antarabangsa Sibu 2026 bukan sekadar pertandingan, malah berkembang menjadi jenama yang mampu mempromosikan Sibu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara sukan itu terus mengukuhkan kedudukan bandar ini sebagai hab sukan air berpotensi, sekali gus mengetengahkan Sungai Rajang […]

Ketagihan penggunaan gajet semakin membimbangkan

KUCHING: Ketagihan penggunaan gajet dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak hari ini kian membimbangkan serta berpotensi menggugat keharmonian institusi kekeluargaan. Tegas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, fenomena kehilangan masa akibat penggunaan peranti digital menjadi antara cabaran paling kritikal dalam kehidupan moden hari ini. “Apabila kita bercakap tentang masa, anak-anak kita […]

Fahami jelas aspek kenegaraan, kenegerian

KUCHING: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu memahami aspek kenegaraan dan kenegerian termasuk Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Rukun Negara serta dasar-dasar kerajaan bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, pemahaman tersebut penting kerana golongan berkenaan berperanan sebagai perantara utama […]