DEBAK: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Masjid Al-Azim Daerah Kecil Debak yang mampu menampung seramai 815 jemaah pada satu-satu masa, di sini, hari ini. Projek itu siap dibina dengan sokongan Kerajaan Sarawak. Masjid terbabit hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam dan pembinaannya membabitkan […]
Jalan Lubok Tamang bakal tingkatkan sosioekonomi penduduk kampung
BETONG: Jalan Lubok Tamang sepanjang 9.5 kilometer (km) dibina dengan kos RM35 juta akan meningkatkan lagi taraf sosioekonomi penduduk di Kampung Suri, Manggut dan Tuie, Debak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan majlis penamaan Jalan Lubok Temang di simpang jalan itu, di sini, hari ini. Projek jalan itu siap sepenuhnya […]
Sarawak rancang mulakan Taman Perabot sebelum diperluas ke Tanjung Manis
KUCHING: Sarawak merancang memulakan pembangunan Taman Perabot di Kuching sebelum projek itu diperluaskan ke Tanjung Manis. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memaklumkan projek tersebut mendapat kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), dengan memberi tumpuan kepada pembangunan produk kayu bernilai tambah tinggi. “Pelaksanaan projek kini berada pada peringkat menunggu kelulusan peruntukan […]
STEM platform Sarawak lahirkan berkemahiran tinggi
DARO: Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terus menjadi pemacu utama pembangunan masa depan negeri dan negara, sekali gus menuntut usaha berterusan bagi memperluas penglibatan pelajar, khususnya di luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam STEM bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan, malah menyokong […]
Sarawak peruntuk RM876.2 juta laksana bantuan khas, demi kesejahteraan rakyat
KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan kenaikan kadar pemberian Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 sebanyak RM150 bagi isi rumah, RM100 warga emas dan RM75 individu bujang yang layak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan kadar kenaikan SKAS itu, isi rumah akan menerima RM1,100, warga emas RM600 dan individu […]
Kerajaan Sarawak peruntuk RM188.1 juta, diskaun elektrik mulai April ini
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memberikan diskaun khas elektrik sebanyak 25 peratus untuk pengguna domestik di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata diskaun ini akan bermula April sehingga Disember 2026. “Pengurangan itu bakal memberi manfaat kepada seramai 714,557 pengguna domestik membabitkan pembayaran sebanyak RM188.1 juta yang sepenuhnya akan ditanggung […]
Manfaatkan bantuan dana CSR – Royston
MUKAH: Penerima bantuan dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari agensi kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian disaran memanfaatkan dana tersebut . Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata ini termasuk meningkatkan kemudahan sekolah mahupun memperkukuh aktiviti kemasyarakatan. “Peruntukan tersebut merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan penduduk luar bandar terus terpelihara,” katanya. […]
Budaya ilmu perkukuh perpaduan komuniti – Ahmad Johnie
DARO: Usaha memperkasa budaya ilmu dalam kalangan masyarakat terus dipergiat melalui Program Bicara Ilmu Malaysia MADANI Tahun 2026/1447H berlangsung di Masjid Darul Ihsan, Kampung Lemang Pek, di sini semalam. Program tersebut dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Program tersebut memberi penekanan terhadap kepentingan ilmu sebagai […]
Kerajaan Sarawak peruntuk RM365.7 juta bagi pembangunan PMKS
KUCHING: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kini menyumbang sebanyak 18 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak. Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), ini dijangka terus dipertingkatkan melalui program dan inisiatif oleh Kerajaan Persekutuan dan Sarawak. Ini termasuk program pemerkasaaan PMKS meliputi pembangunan kapasiti dan kemahiran, bantuan kewangan, pembangunan […]
Projek bina SPK Ensengei Melayu capai 39 peratus
GEDONG: Skim Pembesaran Kampung (SPK) Ensengei Melayu kini sedang dalam pembinaan dengan kos RM13.38 juta dijadual siap penghujung tahun 2026. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Safiee berkata, skim ini melibatkan sebanyak 143 lot rumah untuk penempatan penduduk kampung pada masa akan datang, dengan keutamaan kepada penduduk yang rumahnya terjejas atau berhampiran kawasan sungai susur. “Menurut […]
