Year: 2026

Abdullah ziarah jurufoto Bernama

KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS), Datuk Abdullah Saidol hari ini menziarahi jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak, Razali Nordin di Hospital Umum Sarawak (HUS). Dalam lawatan yang turut disertai Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan, beliau menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbanga […]

Bangladesh cadang meterai kerjasama dengan Sarawak ambilan tenaga kerja

KUCHING: Bangladesh bercadang memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sarawak bagi pengambilan tenaga kerja, khususnya dalam sektor pembangunan negeri. Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan Chowdhury berkata, cadangan tersebut dibincangkan dalam kunjungan hormat bersama Premier Sarawak yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif. “Dalam masa sama, kami turut membincangkan pengambilan pekerja Bangladesh, iaitu pekerja […]

40 pelajar Swinburne lawat TEGAS Digital Village

KUCHING: Seramai 40 pelajar Universiti Swinburne di sini hari ini mengadakan lawatan ke TEGAS Digital Village (TDV) untuk melihat secara dekat bagaimana ekosistem inovasi di Sarawak berkembang serta meneroka peluang kolaborasi antara sektor akademik dan industri. Kunjungan dan kolaborasi itu akan memperkukuh kedudukan TDV sebagai destinasi utama dan pusat inovasi digital dan sebagai pemangkin modal […]

Itali terokai peluang kerjasama sektor tenaga, aeroangkasa Sarawak

KUCHING: Itali menyatakan minat untuk meneroka peluang kerjasama strategik dengan Sarawak khususnya dalam sektor tenaga dan aeroangkasa. Duta Besar Itali ke Malaysia Rafaelle Langelle berkata, beberapa delegasi perniagaan dari Itali dijadualkan dan berpotensi dibawa ke Sarawak dalam masa terdekat bagi meninjau peluang pelaburan yang tersedia. Ujarnya, antara menjadi keutamaan adalah sektor tenaga terutamanya meliputi infrastruktur […]

SDEC buka premis operasi bersepadu

KUCHING: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) semalam melancarkan empat premis baharunya di Royal Bay Commercial Centre di Pending. Kemudahan terbaharu itu merangkumi Pusat Rangkaian Operasi SDEC (NOC). Pusat Operasi Teknikal (TOC), Lab Prototyping IR4.0 yang diperbesarkan dan pusat penyimpanan, kata SDEC dalam satu kenyataan di sini. Premis itu direka khas sebagai hab operasi bersepadu […]

Pendekatan seimbang pengurusan hutan Sarawak, 62% dilitupi hutan hujan tropika

KUCHING: Sarawak kini merupakan antara benteng terakhir bagi hutan hujan tropika dunia. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini kerana Sarawak mempunyai lebih 7.6 juta hektar litupan hutan terbabit. “Litupan hutan meliputi kira-kira 62 peratus keluasan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika semasa merasmikan Seminar Ekspedisi Hutan Simpan Sabal dan Hutan […]

Premier bakal umum bantuan tambahan rakyat Khamis Ini

KUCHING: Pengumuman bantuan tambahan kepada rakyat Sarawak akan diketahui esok. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan tersebut bagi membantu rakyat khususnya golongan rentan meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat susulan krisis di Timur Tengah. Katanya, krisis tersebut turut menyebabkan ketidaktentuan ekonomi serta kenaikan harga barang di Sarawak […]

80 projek BALB diserah pada Sarawak, percepat bekalan air luar bandar

KUCHING: Kerajaan Persekutuan menyerahkan sejumlah 80 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak bernilai RM3.47 bilion kepada kerajaan negeri. Ia merupakan langkah strategik mempercepatkan penyampaian infrastruktur asas kepada rakyat luar bandar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu mencerminkan komitmen bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan […]

Program Vaksin Rabies Oral dipergiat di Taman Malihah

KUCHING: Usaha membendung penularan rabies terus dipergiatkan menerusi pelaksanaan program perintis Vaksin Rabies Oral (ORV) di Taman Malihah. Langkah ini bagi memastikan keselamatan orang awam terus terjamin susulan kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun akibat wabak itu di kawasan tersebut baru-baru ini. Program anjuran Sarawak Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SSPCA) itu […]