Year: 2026

Ahli majlis daerah perlu tingkatkan profesionalisme, kecekapan

SIMUNJAN: Kenaikan elaun ahli-ahli majlis daerah di Sarawak amat dialukan dilaksanakan bermula tahun ini. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, beliau mengalukan pelaksanaan kenaikan itu yang mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Ini adalah tanggungjawab dan amanah besar yang dipikul oleh ahli-ahli majlis,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Bersama Majlis […]

Laluan bas elektrik Kuching Metro ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh diselaras

KUCHING: Laluan bas elektrik Kuching Metro ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh diselaraskan semula bagi memastikan pelancong tiba tepat pada waktunya untuk menyaksikan pemberian makanan Orang Utan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penyesuaian tersebut berdasarkan maklum balas serta corak penggunaan pelancong. Katanya, jadual perjalanan terdahulu menyebabkan […]

Program Sarawak Kita Empun 3.0 tampil kepimpinan tertinggi wanita Parti PBB

BETONG: Program Sarawak Kita Empun 3.0 Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memfokuskan perkongsian strategik serta pemahaman mengenai inisiatif pembangunan Kerajaan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030. Program tersebut menampilkan beberapa sesi perkongsian barisan kepimpinan tertinggi wanita. Ia bertujuan memastikan ahli-ahli di peringkat cawangan peka terhadap pembangunan serta pelbagai jenis bantuan oleh Kerajaan […]

Sistem solar hibrid rapatkan jurang pendidikan bandar, pedalaman

SONG: Usaha merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan pedalaman terus diperkukuh apabila Kerajaan MADANI melaksanakan projek Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak. Langkah itu bagi menjamin bekalan elektrik yang stabil dan berterusan. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek berkenaan merupakan inisiatif strategik berimpak tinggi yang menyokong agenda […]

Kerajaan Sarawak, Persekutuan sediakan pelbagai bantuan untuk wanita

SIMUNJAN: Wanita khususnya di luar bandar perlu merebut pelbagai peluang bantuan, geran dan skim yang disediakan kerajaan dalam usaha memajukan diri. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, ini kerana Kerajaan Sarawak dan Persekutuan menyediakan pelbagai bantuan, geran dan skim sokongan khas untuk wanita, terutamanya wanita luar bandar dan usahawan kecil. “Namun, saya ingin tekankan […]

Penduduk lima kampung sepakat selesaikan isu tuntutan tanah

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Samarahan dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat ADUN Muara Tuang mengadakan perjumpaan dengan penduduk di lima kampung di kawasan ini. Pertemuan itu bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah yang sekian lama berlarutan. Pertemuan hasil usaha proaktif Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]

Usahawan pemacu kemajuan masyarakat – Fadillah

KUCHING: Keusahawanan kini bukan lagi sekadar satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan dalam usaha membina masa depan negara yang mampan dan berdaya saing, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof. Beliau yang juga Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya berkata, usahawan masa kini memainkan peranan yang lebih luas […]

Rundingan MA63: Jawatankuasa Teknikal disusun semula, penambahan kerusi Parlimen dirunding

KUCHING: Rundingan mengenai penambahbaikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih terus berjalan, termasuk cadangan untuk menyusun semula jawatankuasa teknikal di peringkat pelaksanaannya dan usaha menambah kerusi Parlimen bagi negeri Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof. Fadillah berkata, perbincangan mengenai peningkatan jumlah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak masih berada pada […]

Sarawak tambah penjanaan elektrik melalui projek hidroelektrik, solar

KOTA KINABALU: Sarawak akan terus menambah kapasiti penjanaan elektrik melalui Projek Hidroelektrik Baleh dan projek tenaga solar terapung menjelang tahun 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Projek Hidroelektrik Baleh itu akan menambah kapasiti penjanaan elektrik sebanyak 1,285 megawatt dan dijadual mula beroperasi menjelang 2030. “Ini menjadikan jumlah keseluruhan kapasiti […]

Projek Penyambungan Grid Kuasa Sarawak-Sabah realisasikan Grid Borneo, ASEAN

KOTA KINABALU: Projek Penyambungan Grid Kuasa Sarawak-Sabah menjadi pencapaian penting dalam landskap tenaga serantau yang akan merealisasikan visi Grid Borneo. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut merupakan pelaburan strategik jangka panjang untuk mempertingkat daya tahan tenaga, memperkukuh kerjasama antara negeri dan menyokong pertumbuhan mampan Sarawak, Sabah dan wilayah […]