KUCHING: Balai bomba, kompleks sukan dan stadium tertutup menjadi kemudahan yang perlu segera dibina di daerah Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ini kerana sebuah balai bomba sudah diluluskan untuk dibina di Kabong baru-baru ini. “Pembinaan balai bomba di daerah Kabong amat dialukan oleh semua pihak kerana penduduk […]
Bina jalan, jambatan pakai teknologi
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sentiasa menilai dan mengguna pakai teknologi terkini bagi memastikan pembinaan jalan serta jambatan di kawasan pesisir bertanah paya gambut selamat, ekonomik dan mesra alam. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, kaedah jalan bertingkat adalah antara lima pendekatan teknologi digunakan dalam pembinaan terkini. “Kaedah itu […]
Sarawak perlu tambahkan PUSPEN, tampung kapasiti rawatan, pemulihan
KUCHING: Sarawak perlu menambah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) bagi menampung kapasiti rawatan dan pemulihan bagi masalah penagihan dadah. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Ricky @ Mohammad Razi Sitam memberitahu, cadangan ini adalah perlu memandangkan Sarawak hanya memiliki sebuah PUSPEN pada masa ini yang terletak di Puncak Borneo. Ia hanya mampu […]
MEITD komited pastikan pendidikan tinggi relevan dengan industri
KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) komited untuk memastikan kokurikulum pendidikan tinggi di negeri ini kekal relevan dengan keperluan industri, adaptif dan bersedia menghadapi masa depan selaras aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Timbalan Menterinya, Datuk Francis Harden Hollis berkata, MEITD secara langsung menyokong aspirasi PCDS 2030 dalam membangunkan tenaga kerja […]
Jalan utama di Lingga alami hakisan sungai, pantai
KUCHING: Kerajaan Sarawak dipohon memberikan perhatian dan membantu menangani masalah jalan utama yang mengalami hakisan sungai dan pantai di Lingga. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, antaranya jalan utama dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga sepanjang 31.3 kilometer (km) yang berbahaya kerana semakin terhakis akibat arus deras Sungai […]
510 syarikat dilulus sebagai ‘Deemed to be a Native’ sehingga April 2025
KUCHING: Sebanyak 510 syarikat diluluskan dan diwartakan sebagai “Deemed To Be A Native” di bawah Seksyen 9(1)(d) Kanun Tanah Sarawak setakat 30 April lalu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, syarikat yang diwartakan itu dibenar melaksanakan urus niaga tanah yang berstatus Native Area Land mengikut peruntukan […]
Projek RADDA tingkat sektor pelancongan – Royston
KUCHING: Pembangunan projek di bawah Agensi Pembangunan Rejang Delta (RADDA) yang menumpukan kawasan pantai Mukah akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan memberi manfaat dalam menjana ekonomi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Tellian, Royston Valentine berkata, di samping itu ia akan meningkatkan taraf hidup penduduk, memperbaiki infrastruktur dan memelihara budaya tempatan secara langsung. Antara projek […]
Elak projek sakit, tindakan tegas terhadap kontraktor gagal
KUCHING: Seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya kontraktor yang gagal melaksanakan projek pembangunan yang ditawarkan kepada mereka dikenakan tindakan sewajarnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Tellian, Royston Valentine berkata, tindakan tegas perlu agar tiada lagi projek sakit sehingga projek terbengkalai oleh sikap sambil lewa golongan ini Menurutnya, tahun demi tahun, pelbagai projek dilaksana di bawah […]
Tiga sekolah rendah DUN Jepak perlu dibina baharu
KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Salad, SK Sg. Silas dan SK Sg. Setulan di Jepak yang memiliki infrastruktur daif, terdedah dengan banjir dan hakisan perlu dibina baharu. ADUN GPS-PBB Jepak, Iskandar Turkee berkata, SK Jepak, SK Kuala Tatau dan SK Setiam pula yang turut memiliki infrastruktur yang daif perlu dinaik taraf. “Kemudahan dan persekitran yang […]
Mahkamah Bumiputera distruktur semula
KUCHING: Sarawak bakal menyaksikan perubahan besar dalam sistem perundangan adatnya apabila Mahkamah Bumiputera distruktur semula secara menyeluruh, termasuk pelantikan majistret dan hakim bertauliah untuk mengendalikan kes. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata, langkah ini adalah antara komponen utama yang digariskan dalam Pelan Induk Transformasi Mahkamah Bumiputera […]
