SIBU: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif merangkumi kesedaran kewangan, keselamatan digital dan pembangunan sahsiah anak-anak bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya tahan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penyalahgunaan akaun peribadi semakin membimbangkan apabila individu sanggup menyewakan akaun bank kepada pihak tidak bertanggungjawab bagi transaksi […]
Ahli Parlimen Igan dilantik ahli FOM
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dilantik sebagai ahli Friends of Ministry (FOM) di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan tersebut selepas majlis pertemuan dan mesyuarat bersama ahli-ahli FOM yang lain di Pejabat Menteri, Putrajaya, di sini semalam. Beliau menerima watikah pelantikan berkenaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri […]
Produk Sarawak jadi tarikan pembeli China
SHANGHAI: Produk makanan keluaran syarikat Sarawak antara tumpuan utama di Malaysia Pavilion sempena Pameran Import Antarabangsa China (CIIE) Kelapan yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semalam. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang turut menghadiri CIIE tahun ini, sebanyak lima syarikat Sarawak mengambil bahagian dalam pameran di […]
JKMS pastikan bantuan sampai pada mangsa bencana
BINTULU: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) memainkan peranan penting di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata ini merangkumi penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pengurusan bantuan makanan dan keperluan asas, serta sokongan psikososial kepada mangsa bencana. “Fokus kami adalah memastikan bantuan sampai kepada mereka (mangsa […]
Sarawak perlu transformasikan pertanian kaedah moden, pintar
KUCHING: Graduan pertanian adalah aset negeri yang berharga untuk memastikan industri pertanian terus menjadi nadi kemakmuran dan keterjaminan makanan Sarawak, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Dato Sri Dr. Stephen Rundi berkata, di bawah rangka PCDS 2030, kerajaan telah mengiktiraf Pendidikan Pertanian dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu tunjang […]
Isu teknikal halang pembangunan Tunoh berjaya diselesai
KAPIT: Isu teknikal yang sekian lama menghalang pembangunan di kawasan Tunoh akhirnya berjaya diselesaikan, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan semula projek pembangunan di kawasan berkenaan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan selesainya segala urusan berkaitan, kerajaan negeri kini dapat meneruskan agenda pembangunan yang pernah dirancang sejak era kepimpinan […]
Pelan induk pacu pembangunan Kapit
KAPIT: Pelan Induk Kapit yang sedang dilaksanakan memberi tumpuan kepada peluasan bandar, mengurangkan kesesakan dan memperindahkan kawasan persekitaran untuk manfaat penduduk. Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pelan itu juga untuk mengatur pertumbuhan bandar secara tersusun dan mampan. “Pendekatan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat sambil memacu […]
Kapit bakal jadi bandar moden baharu, RM1.96 bilion bagi projek bekalan air
KAPIT: Kapit bakal muncul sebagai bandar moden baharu di Sarawak hasil pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi yang kini giat dijalankan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.96 bilion bagi projek bekalan air di bahagian ini selain menambah peruntukan bagi kemudahan elektrik dan sistem rawatan air. Beliau […]
38 projek GKCDA di Tanjung Datu
LUNDU: Empat daripada 38 projek di bawah Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) di sini telah siap manakala 12 lagi masih dalam pelaksanaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, dua lagi daripadanya masih dalam proses tender, enam masih di pihak konsultan dan 14 masih dalam perancangan. Beliau berkata demikian pada […]
Projek bina IPD Matu Daro baharu diberi keutamaan KDN
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadikan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro yang baharu di Parlimen Igan sebagai keutamaan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pembinaan IPD Matu Daro menjadi keutamaan KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Beliau […]
