DALAT: Kampung Sungai Kut di sini, bakal mengalami transformasi besar hasil pelbagai projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, projek-projek ini berpotensi menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan yang menarik. “Dengan adanya projek ini, ia dapat menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke sini. “Disebabkan […]
Anak Parlimen Santubong dapat bantuan pendidikan
KUCHING: Seramai 258 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang merupakan anak Parlimen Santubong menerima peruntukan bantuan pendidikan berjumlah RM69,100 tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan itu sebanyak RM300 seorang untuk pelajar belajar dalam Sarawak manakala RM500 bagi mereka belajar di luar negeri secara […]
Sarawak cadang hantar wartawan jalani latihan di London
KUCHING: Sarawak bercadang menghantar dua wartawan ke Universiti Oxford dan Cambridge, United Kingdom untuk menyertai program kewartawanan eksekutif eksklusif sebagai langkah meningkatkan kemahiran. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, wartawan terpilih akan memulakan kursus selama sebulan yang direka khusus untuk mengembangkan pengetahuan mereka. Selain itu, meningkatkan kemahiran pengurusan data, dan […]
Tiga ADUN GPS jadi kelebihan daerah kecil Roban
ROBAN: Masyarakat di daerah kecil Roban mempunyai kelebihan di bawah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Gabungan Parti Sarawak (GPS). Mereka ialah ADUN Kalaka, Mohamad Duri, ADUN Krian, Friday Belik dan ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, ini kerana tiga ADUN terbabit boleh […]
Dana Sejati Madani RM1.27 juta dilulus untuk JKKK Daerah Pusa
BETONG: Dana Sejati Madani berjumlah RM1.27 juta diluluskan untuk 13 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Pusa. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadilah Yusof berkata, ini melibatkan bantuan untuk program seperti Pertanian Pintar Fertigasi Cili, Perternakan Ikan Talapia Merah dan Kemudahan Sewaan PA System/Kanopi/Alat Muzik. “JKKK hendaklah memastikan peruntukan yang diberi diuruskan sebaik mungkin […]
SYStartup bentuk belia inovatif, kreatif
KUCHING: Program Youth Start Up (SYStartup), inisiatif Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) menjadi platform dalam melahirkan usahawan generasi baharu yang lebih berinovatif, kreatif serta berdaya saing. Menteri MYSED, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SYStartup 2024 yang bermula sejak 7 Disember lalu merupakan program komprehensif dilaksanakan oleh kementeriannya untuk memperkasakan usahawan […]
11 syarikat tandatangani ‘Aku Janji’ KITA GEMPUR
KUCHING: Sebanyak 11 syarikat minyak yang merupakan rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menandatangani ’Aku Janji’ KITA GEMPUR, hari ini. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, 11 syarikat itu meliputi Petronas, Shell, Petron, Caltex, BHPetrol, Xcel, FIVE, PETROS, Buraq Oil, SMART dan Petro […]
Mambong berpotensi jadi pusat tanaman kopi Sarawak
KUCHING: Tanaman kopi berpotensi menjadi komoditi ekonomi utama di kawasan Mambong. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sejak diperkenal di Mambong beberapa tahun lalu, aktiviti penanaman kopi terbukti menjanjikan pendapatan luamayan. Dalam hal ini, beliau merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip […]
Akademik, integriti mantap asas pembentukan pelajar cemerlang
SIBU: Kejayaan graduan hari ini tidak hanya diukur melalui kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi pembentukan integriti dan prinsip moral yang kukuh. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kedua-dua elemen ini asas utama menjadi tunjang kepada kejayaan berterusan. Menurutnya, dalam era globalisasi ini, graduan perlu menjadi contoh teladan kepada masyarakat […]
Fadillah setuju jawatan tertinggi Parti PBB tidak dipertanding
PUSA: Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato’ Sri Fadillah Yusof bersetuju agar jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Ke-16 parti pada Februari tahun depan. “Secara peribadi saya bersetuju jawatan Yang di-Pertua dan Timbalan Parti PBB tidak dipertandingkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas usul itu daripada Beting Maro […]
