Belia Kampung Hilir terus tradisi bangun sahur
SIMANGGANG: Team Gerak Sahur (TGS) dari Kampung Hilir di sini meneruskan tradisi memukul gendang sekeliling kampung bagi mengejutkan penduduk bangun bersahur Ramadan ini. Pasukan itu terdiri daripada seramai 22 belia akan bergerak secara berkumpulan mengelilingi kampung bermula jam 3 pagi. Ketua kumpulan Mohd Sabri Jimi berkata, TGS ditubuhkan pada tahun 2017 dan mereka berjalan kaki […]
Terminal lori bersepadu pertama bakal dibina
MIRI: Miri akan menjadi lokasi terminal lori bersepadu pertama di Sarawak bagi memperkukuhkan sistem pengangkutan dan logistik. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, memaklumkan bahawa terminal sepanjang 6.64 ekar akan dibina berdekatan Eastwood Valley Golf and Country Club di Jalan Miri-Bypass. “Projek ini mendapat tambahan peruntukan RM5 juta daripada Kerajaan Sarawak, menjadikan jumlah […]
Buat pilihan tepat, elak keracunan makanan
MIRI: Pengunjung digalak mengamalkan prinsip ‘Perhatikan dan Pilih’, iaitu memilih gerai yang bersih dan pengendali makanan yang menjaga kebersihan sebelum membeli di Bazar Ramadan. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, juga mengingatkan pengguna mengamalkan konsep ‘Lihat, Bau, dan Rasa’ bagi mengelakkan keracunan makanan. “Pemantauan keselamatan makanan adalah keutamaan sepanjang Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi […]
Wanita, Pemuda Parti PBB Cawangan Jepak agih 500 pek bubur pedas, lambuk
JEPAK: Sebanyak 500 pek bubur pedas dan lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya sempena program anjuran Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N67 Jepak. Program gotong-royong diadakan semalam di hadapan Masjid Darul Makmur, Kampung Jepak turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee. Ketika ditemui, Iskandar menekankan kepentingan amalan […]
Peraturan baharu harmonikan Undang-Undang CCUS antara Sarawak, Persekutuan diperlu
KUCHING: Peraturan baharu diperlu untuk mengharmonikan undang-undang Penangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon (CCUS) antara Sarawak dan persekutuan, jelas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof. Katanya, ini memandangkan undang-undang CCUS baharu yang diluluskan di peringkat persekutuan hanya melibatkan Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan di mana tidak melibatkan Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, Kerajaan Sarawak telah […]
Awang Tengah santuni mangsa banjir
LAWAS: Seramai 169 mangsa banjir di kawasan Trusan ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di sini. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong turun padang menyantuni mangsa banjir di tiga PPS di Trusan. Beliau tiba di PPS Dewan Masyarakat Trusan bagi meninjau keadaan mereka. Beliau kemudian […]
KJM N7 Samariang agih bubur lambuk
KUCHING: Sebanyak 400 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang awam di Majlis Agihan Bubur Lambuk Kejiranan Mesra (KJM) N7 Samariang hari ini. Menurut kenyataan media Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, di Surau Darul Al Amin, Kampung Samariang Jaya Fasa 2, di sini. Majlis itu dianjurkan dengan […]
Program Ziarah Ramadan santuni asnaf, erat hubungan kerajaan-rakyat
LAWAS: Seramai 200 asnaf berdaftar dengan Baitulmal menerima sumbangan khas dalam Program Ziarah Ramadan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) 1446H/2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, asnaf yang terpilih akan menerima sumbangan yang disalurkan melalui konsep wakalah. “Dengan kaedah ini, LCDA sebagai wakil dalam pengagihan zakat, memastikan bantuan sampai kepada […]
Program Jelajah Ramadan Masjid baharu Kampung Jerijeh
TANJUNG MANIS: Program Jelajah Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) 41 Kuala Rajang hari kedua diadakan di Kampung Jerijeh, di sini, malam tadi. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh kemudian penduduk berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isya dan solat Terawih. […]
Dua rumah panjang Roban akan dapat bekalan elektrik 24 jam
ROBAN: Kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik 24 jam untuk Rumah Terence Sumping Plunga Atas dan Rumah Amban Sungai Antu di sini akan dilaksanakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ia dilaksanakan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP). “Bagi Rumah Terence Sumping sepanjang 20 pintu ini, mereka akan mendapat bekalan elektrik selama 24 jam […]
