KUCHING: Shell Middle Distillate Synthesis (MDS) Malaysia muncul sebagai syarikat pertama di dunia memperkenalkan penghasilan mentega yang disintesis daripada gas. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penghasilan produk baharu itu merupakan langkah besar ke hadapan negeri ini dalam teknologi makanan dan pembangunan perindustrian. Jelasnya, produk yang dihasilkan daripada lilin berkualiti […]
Pelaksanaan projek pembangunan di Sibu lancar
SIBU: Tiada projek sakit melibatkan projek kerajaan yang dilaksanakan di bahagian ini. Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo berkata, semua projek kerajaan sedang dilaksanakan di bahagian Sibu melibatkan kos sebanyak RM317.4 juta. Katanya, projek yang telah diluluskan pelaksanaannya berjumlah RM1.603 bilion. “Kos keseluruhan projek yang sedang dalam pelaksanaan, telah diluluskan dan sedang […]
SADA luluskan 69 projek pembangunan DUN Lingga
LINGGA: Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) meluluskan sebanyak 69 projek pembangunan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga setakat Jun tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek terbabit berjumlah RM1.3 bilion telah diluluskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA baru-baru ini. “Antaranya ialah pembinaan Kompleks Sukan daerah Lingga, pembinaan […]
25 pelajar cemerlang UiTM Cawangan Sarawak jadi duta
SAMARAHAN: Seramai 25 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak menerima watikah pelantikan sebagai UiTM Global Ambassador (UGLAM), di sini, hari ini. Menurut kenyataan UiTM Cawangan Sarawak pelajar cemerlang terbabit dari 10 gugusan akademik di cawangan universiti itu dan terpilih menyertai program duta muda itu selepas melalui prosedur pemilihan ketat dan sistematik. UGLAM Cawangan Sarawak […]
Sarawak sasarkan lahir lebih ramai pereka teknologi cip
KUCHING: Sarawak mahu melahirkan lebih ramai pereka teknologi cip bagi memacu sektor tersebut di negeri ini. Bagi tujuan itu, Sarawak menjalinkan kerjasama bersama syarikat kejuruteraan mikroelektronik global dari Belgium, Melexis. Golongan ini akan berperanan melatih dan melahirkan tenaga kerja seiring kemajuan teknologi yang sentiasa berubah terutamanya dalam industri pembuatan cip. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi […]
Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Sarawak mulai 15-19 Julai
KUCHING: Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Sarawak akan diadakan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, di sini, mulai 15 hingga 19 Julai ini. Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia, Dato Dr. Jeniri Amir berkata festival anjuran DBP Cawangan Sarawak itu bagi meningkatkan minat serta penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar Sekolah […]
TYT bakal sempurnakan Sambutan Hari Sarawak di Bintulu
KUCHING: Sambutan Hari Sarawak 2024 bakal sempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Bintulu, pada 22 Julai ini. Sehubungan itu, ahli jawatankuasa induk sambutan diketuai Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengadakan kunjungan hormat dan penyerahan jemputan rasmi kepada TYT. Isteri […]
Brunei, Sarawak bincang isu kepentingan bersama
KUCHING: Ketua Usaha Negara Brunei Darussalam ke Sarawak, Sheikh Abdul Mahdani Dato Paduka Sheikh Abdul Ghani hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini. Dalam kunjungan hormat selama satu jam itu, mereka membincangkan isu yang mempunyai kepentingan bersama antara Brunei […]
RM410 juta diperuntuk setiap negeri pulihara sungai
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM950 juta untuk kerja pemuliharaan sungai dan kerja kecemasan luar jangka akibat banjir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, sejumlah RM410 juta diperuntuk untuk kerja memulihara sungai bagi mengurangkan risiko banjir kepada setiap negeri. […]
Penghijrahan Sarawak dikagumi
KUCHING: Kerajaan Sarawak meletakkan aspek keadilan dan ketelusan sebagai penghijrahan kepada tadbir urus yang baik dan disegani. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini ditambah dengan kesederhanaan dalam mentadbir juga akan membawa Sarawak ke tahap yang lebih maju dan makmur sehingga mendapat perhatian negara-negara luar. “Dengan keinginan dan berubah, berhijrah […]
