Month: March 2026

Juh Sungke @ Lundu bakal diadakan 7 Mac ini, orang ramai dijemput hadir

LUNDU: Program Juh Sungke @ Lundu bakal menghimpunkan masyarakat dalam majlis berbuka puasa secara santai dengab penuh pengisian pada 7 Mac ini di Centexs Lundu. Program yang dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik itu bertujuan mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan. Antara pengisian yang disusun termasuk kaunter bayaran zakat […]

Premier Sarawak sertai majlis iftar bersama PERYATIM Kuching

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan aktiviti mengimarahkan Ramadan dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Cawangan Kuching yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Satria Pertiwi, di sini, malam ini. Ia kali pertama program seumpama diadakan di Kompleks […]

Jaga Sarawak, hayati pesanan Allahyarham Adenan Satem

LAWAS: Rakyat diingatkan agar terus menjaga dan mempertahankan Sarawak seperti pesanan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem. Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong berkata, pesanan itu wajar dijadikan pedoman oleh setiap generasi anak negeri ini. “Amanah tersebut perlu diterjemahkan melalui semangat perpaduan serta kesiapsiagaan rakyat Sarawak bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya. […]

Sarawak tubuh unit bantu tangani perubahan iklim

KUCHING: Kerajaan Sarawak menubuhkan Unit Diplomasi Tenaga dan Iklim Sarawak untuk mengetuai sesi libat urus berkaitan iklim, karbon dan peralihan tenaga. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, unit itu akan disokong secara teknikal oleh Pusat Perubahan Iklim Sarawak di peringkat wilayah dan antarabangsa. Penubuhan unit itu sejajar dengan komitmen Sarawak […]

Rakyat Malaysia di Timur Tengah dinasihat patuhi arahan keselamatan

SARIKEI: Rakyat Malaysia khasnya Sarawak yang terkandas akibat konflik di beberapa negara Timur Tengah dinasihat agar berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan kedutaan Malaysia di negara masing-masing. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihak kedutaan sentiasa memantau perkembangan semasa dan berusaha memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang […]

Projek jalan baharu percepatkan akses, tingkat mobiliti Sebuyau

SEBUYAU: Projek pembinaan jalan baharu amat penting bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penduduk Kampung Sungai Ijok di sini dan kawasan sekitarnya. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi berkata jalan baharu itu dijangka memberi kesan positif kepada penduduk dengan memudahkan urusan […]

Jelajah Ramadan Pusat Khidmat Kuala Rajang santuni masyarakat Sarikei

SARIKEI: Program Jelajah Ramadan diteruskan malam ini di Masjid Al-Muttaqin memasuki hari keempat siri jelajah anjuran Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang. Program yang dihadiri Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh merangkap ADUN Kuala Rajang menyantuni rakyat dengan turun padang, duduk bersama dan mendengar suara hati penduduk. Inisiatif berkenaan […]

DBKU santuni 16 anak yatim, istimewa Pusat Kebajikan Jumaani

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyantuni 16 anak yatim piatu serta anak-anak istimewa dari Pusat Kebajikan Jumaani dalam Majlis Berbuka Puasa dan Solat Berjemaah bersama Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, malam ini. Sumbangan disampaikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan […]

Kebajikan golongan sasar diutama, 100 penerima terima bakul makanan

LINGGA: Seramai 100 penerima terdiri daripada asnaf dan keluarga memerlukan menerima bakul makanan serta beras menerusi Program SABERKAS Prihatin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, inisiatif berkenaan memperlihatkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat diberi perhatian. Sebanyak 100 beg beras merupakan sumbangan […]

Loji Rawatan Air Ulu Sebangan siap Julai depan

SEBUYAU: Loji rawatan air baharu di Ulu Sebangan dijangka siap pada Julai depan bagi memastikan bekalan air lebih stabil kepada penduduk Sebuyau dan Bahagian Samarahan. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek berkapasiti lima juta liter sehari (MLD) itu berfungsi sebagai sumber ‘backup’ kepada […]