Month: May 2026

Pendekatan inklusif diperkukuh rai perayaan utama di Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh pendekatan inklusif dalam meraikan kepelbagaian kaum dan budaya di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam mengiktiraf kepelbagaian budaya dan perayaan utama rakyat Sarawak. “Kebiasaannya, kita memberikan bantuan sumbangsih ini pada Hari Raya dan pada tahun ini, […]

Pameran Sarawak Delta UNESCO Global Geopark sempena persidangan DUN

KUCHING: Reruai pameran Sarawak Delta UNESCO Global Geopark ditempatkanw di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini selama tiga hari bermula semalam. Menurut kenyataan Pejabat Residen Bahagian Kuching, Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (SDUGGp) dipengerusikan Residen Bahagian Kuching yang menganjurkan pameran itu sempena Persidangan DUN Sarawak. Pameran itu […]

Kerajaan Sarawak tunai janji, salur RM317,800 bantuan kepada pengamal media

KUCHING: Kerajaan Sarawak menunaikan komitmennya dalam menghargai peranan pengamal media apabila menyalurkan sumbangan insentif khas kepada enam persatuan media berdaftar di negeri ini. Keseluruhan insentif melibatkan peruntukan sebanyak RM317,800. Enam persatuan media yang menerima sumbangan tersebut ialah Commonwealth Journalists Association Sarawak Branch sebanyak RM15,400, Journalists Association of Kuching (RM175,000), Pertubuhan Wartawan Bebas Kuching (RM16,100), Sibu […]

Sibu tuan rumah Sambutan Hari Sarawak 2026

KUCHING: Sibu dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Sarawak 2026 yang akan diadakan selama tiga hari mulai 20 hingga 22 Julai depan. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pihaknya menjangka kehadiran melebihi 5,000 pengunjung. Katanya, sambutan kali ini bakal menampilkan pelbagai program inklusif yang mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di […]

Kemudahan infrastruktur pacu pembangunan luar bandar Machan

KUCHING: Cadangan pembinaan beberapa projek jalan raya baharu serta Jambatan Batang Rajang di kawasan Machan dan Kanowit diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar selain meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong berkata, projek infrastruktur tersebut amat penting dalam menyediakan akses yang lebih selamat, cekap dan moden kepada […]

Enam projek utama di Tellian mula dibangun 2027

KUCHING: Pembangunan enam projek utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian dijangka bermula pada suku pertama tahun 2027 selepas proses tender dimuktamadkan tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pelaksanaan projek tersebut dijangka mengambil masa selama […]

Sarawak lakar sejarah anjur persidangan antarabangsa SIA pertama di ASEAN

KUCHING: Sarawak bakal mencipta sejarah sebagai tuan rumah persidangan antarabangsa pertama berskala besar berkaitan Social Impact Assessment (SIA) di Malaysia dan rantau ASEAN menerusi penganjuran The Social Impact Assessment Conference and Exhibition 2026 (SIAC2026) dari 23 hingga 25 November depan di Hotel Pullman, di sini. Timbalan Premier Sarawak, berkata persidangan itu bakal menghimpunkan sekitar 700 […]

Penambahan kawasan DUN Sarawak perlu disegerakan

KUCHING: Cadangan penambahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada 82 kepada 99 kerusi perlu disegerakan bagi memastikan sistem pentadbiran dan penyampaian pembangunan negeri lebih berkesan serta dekat dengan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, proses persempadanan semula itu penting bagi memperkukuh representasi politik selaras keperluan semasa negeri yang semakin […]

Sarawak perkasakan PMKS luar bandar melalui pelbagai inisiatif

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkasakan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) luar bandar. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh berkata, ia menerusi pelbagai program latihan, bantuan kewangan, pemasaran produk dan pemudah cara perniagaan. “Antara inisiatif dilaksanakan termasuk Geran Usahawan Teknikal dan Vokasional, Skim Kredit Mikro Sarawak. “Showcase Usahawan […]

Sarawak terokai laluan penerbangan antarabangsa terus ke Miri

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited dalam mempertingkatkan kesalinghubungan udara antarabangsa, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Jerip Susil. Katanya, ini termasuk menerokai potensi pembukaan laluan penerbangan antarabangsa terus ke Miri. “Usaha itu dilaksanakan menerusi libat urus aktif bersama dengan pelbagai pihak. “Kita bekerjsama rapat dengan pengendali syarikat penerbangan seperti Malaysia Airports Holdings Berhad, Lembaga Pelancongan Sarawak […]