Month: May 2026

Proses pengeluaran hak milik strata masih hadapi kekangan teknikal

KUCHING: Proses pengeluaran hak milik strata masih belum dapat dimuktamadkan sepenuhnya. Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, ia berikutan beberapa kekangan teknikal dan isu pematuhan melibatkan pemaju serta pihak perunding. “Beberapa projek termasuk di kawasan Kuching masih berada pada peringkat semakan teknikal seperti peringkat kedua pembahagian lot […]

Mahkamah Bumiputera Sarawak akan distruktur semula, RUU baharu sedang dirangka

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan transformasi besar terhadap sistem Mahkamah Bumiputera Sarawak menerusi penyusunan semula struktur pentadbiran dan bidang kuasa mahkamah berkenaan. Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Istiadat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, kajian penstrukturan semula dan menaiktaraf Mahkamah Bumiputera Sarawak yang dimulakan pada tahun 2020 telah siap sepenuhnya pada […]

Sarawak sasar 10,000 pelajar nikmati pendidikan tinggi percuma tahun ini

KUCHING : Kerajaan Sarawak menyasarkan seramai 10,000 pelajar menikmati Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) menjelang akhir tahun ini.Ia sekali gus merealisasikan antara agenda terbesar pembangunan pendidikan di negeri ini.Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, tahun 2026 turut menjadi detik bersejarah bagi rakyat Sarawak apabila kerajaan mula melaksanakan pendidikan […]

TYT, Premier Sarawak hadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Mesyuarat DUN Sarawak ke-19

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyempurnakan Majlis Jamuan Negeri sempena Pembukaan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) ke-19 di Dewan Santapan, DUN Sarawak, Petra Jaya di sini, malam tadi. Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang […]

Pembenihan awan di kawasan sasaran bermula 11-12 Mei ini

KUCHING: Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Megara (NADMA), Jabatan Metorologi (MET), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi berkaitan melaksanakan operasi pembenihan awam di kawasan tadahan empangan utama di negeri ini pada 11 hingga 12 Mei ini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, operasi […]

TYT yakin Sarawak berkembang maju

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dengan kepimpinan berwawasan dan rakyat hidup harmoni, Sarawak mampu berkembang sebagai sebuah wilayah moden dan makmur. Beliau berkata kestabilan politik dan keharmonian kaum yang dinikmati Sarawak hari ini merupakan antara kekuatan utama negeri ini. “Kestabilan poltik, pentadbiran yang baik dan masyarakat yang […]

Pertandingan memancing bantu promosikan Belawai destinasi pelancongan rekreasi

BELAWAI: Peserta dari Sibu, Wong Hwang Soon muncul juara selepas berjaya menaikkan ikan belukang seberat 760 gram, membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000. Tempat kedua dimenangi Mohammad Azri yang menerima hadiah wang tunai RM5,000, manakala Anuar Mohd Desa menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM3,000. Pertandingan yang berlangsung di kawasan pesisir Pantai Belawai itu […]

Pemuda Parti PBB perjuangkan hak perumahan golongan muda

KUCHING: Masalah judi online dan kenaikan harga rumah antara isu semasa dibincangkan Mesyuarat Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB, di sini, baru-baru ini. Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda Part PBB, Roy Valentine berkata mesyuarat dipengerusikan Ketua Pemuda parti, Datuk Martin Ben dengan fokus utama adalah perancangan program pergerakan itu peringkat zon […]

Sarawak kekal stabil hadapi cabaran global

KUCHING: Dunia kini berdepan pelbagai cabaran global termasuk ketegangan geopolitik, perubahan ekonomi dunia dan konflik antarabangsa. Situasi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada kestabilan pasaran serta rantaian bekalan global. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kesan ketidaktentuan tersebut turut dirasai rakyat melalui peningkatan kos sara hidup, harga makanan, […]

Penghargaan untuk Awang Bujang, bersara setelah berkhidmat lebih 19 tahun Setiausaha Eksekutif Parti PBB

KUCHING: Selepas menabur bakti selama 19 tahun lapan bulan bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Awang Bujang Awang Antek menamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha Eksekutif parti itu berkuat kuasa 31 Mac lalu. Awang Bujang,72, mula berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif Parti PBB pada 24 Julai 2006. Kini, jawatan tersebut diambil alih Datu Takun Sunggah. Sepanjang berkhidmat […]