TANJUNG MANIS: Peruntukan sebanyak RM20 juta telah diluluskan bagi pembinaan stadium mini yang moden di Tanjung Manis. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, ini diluluskan Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA). “Stadium mini ini nanti turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk trek balapan,” katanya ketika […]
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Kelapan miliki pengalaman
KUCHING: Pengalaman dimiliki Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membolehkannya menyumbang kepada Sarawak sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Kelapan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini terutamanya pengalamannya berkhidmat di peringkat persekutuan. “Bermakna ada kedua-duanya pengalaman persekutuan dengan negeri, jadi kita ucap tahniah,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan […]
Projek naik taraf, ganti saluran paip lama dilaksana tahun ini
ASAJAYA: Projek naik taraf dan mengganti saluran paip lama serta usang secara berfasa di seluruh Sarawak bermula tahun ini. Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata,projek itu mengambil masa selama lima tahun untuk siap. Katanya, ia disebabkan Sarawak mempunyai saluran paip air sepanjang 2,700 kilometer (km) di seluruh kawasan. “Justeru, proses mengganti paip […]
Jambatan Sungai Krian dijangka siap Ogos 2025
SARATOK: Pembinaan Jambatan Sungai Krian di sini kini telah mencapai 41.58 peratus kemajuan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, pembinaan jambatan sepanjang 690 meter itu dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025. “Justeru, saya berharap agar pihak kontraktor dapat menyiapkan kerja pembinaan Jambatan Sungai Krian ini mengikut jadual ditetapkan,” katanya semasa […]
Veteran tentera direkrut bantu banteras rabies di sempadan
KUCHING: Seramai 394 veteran tentera sukarela direkrut untuk menyertai ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) bagi membantu membanteras wabak rabies di kawasan sempadan Sarawak. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pasukan veteran ini merupakan barisan hadapan yang bertugas di kawasan sempadan iaitu dari Lundu hingga Ba’kelalan bagi mengekang wabak berbahaya ini dari memasuki […]
SUKMA Ke-21 bawa impak ekonomi kepada Sarawak
KUCHING: Penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 21 Ogos depan akan memberi impak yang besar kepada sektor ekonomi di negeri ini. Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, pemain-pemain industri penginapan, makanan dan pengangkutan tempatan paling terkesan dengan kehadiran kira-kira 16,000 pengunjung […]
Dr Wan Junaidi dilantik TYT Sarawak Kelapan
KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini. Memetik laporan Bernama, Dr Wan Junaidi menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak […]
Keselamatan jalan raya dalam pendidikan kanak-kanak tadika
LIMBANG: Keselamatan jalan raya mungkin dimasukkan dalam subjek pendidikan awal kanak-kanak di negara ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ini untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini. “Mungkin juga dapat disisipkan pendidikan keselamatan jalan raya dalam pendidikan Tadika Kemas dan sebagainya,” katanya di Majlis Apresiasi Tabika/Taska Kemas sesi 2023 dan 2024 bagi […]
Majlis Daerah Lawas akan bina bangunan CSSC
LAWAS: Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Daerah Lawas bakal mendapat bangunan sendiri pada tahun hadapan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, reka bentuk dan pelan bangunan terbabit dibentangkan Majlis Daerah Lawas. “Majlis Daerah Lawas yang akan melaksanakan projek ini kelak,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Penasihat CSSC […]
PNK Kabong cadang tubuh stesen minyak PETROS
KABONG: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong bercadang mewujudkan stesen minyak bersepadu Petroleum Sarawak (PETROS) di daerah itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, stesen minyak itu diwujudkan dengan konsep milik dan kendalian peniaga atau ‘Dealer Owned, Dealer Operated’ (DODO). “Saya amat menyambut baik usaha yang dirancang PNK Kabong itu,” katanya ketika […]
