Category: Umum

Daro model pembangunan luar bandar berjaya – Abdul Karim

DARO: Kemajuan pesat yang dicapai Daro dalam tempoh singkat mencerminkan keupayaan Kerajaan Sarawak merancang dan melaksanakan pembangunan secara menyeluruh dan berkesan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Daro kini boleh dijadikan model pembangunan luar bandar yang berjaya, sama seperti Samariang dan Asajaya yang pernah menyaksikan perubahan ketara […]

Hubungan dua hala Sarawak, Indonesia diperkukuh

INDONESIA: Delegasi dari Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menganjurkan majlis makan malam jaringan strategik bersama Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN) sebagai sebahagian daripada lawatan kerja rasmi ke Balikpapan dari 25 hingga 27 Julai 2025. Majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Balikpapan itu bertujuan memperkukuh […]

DBKU sertai Borneo Flora Festival 2025

LABUAN: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) buat pertama kali menyertai Borneo Flora Festival 2025 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, di sini, bermula hari ini hingga 30 Julai ini. Menurut kenyataan media DBKU, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah menyempurnakan majlis perasmian festival anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan terbabit. DBKU menyertai kategori […]

Tebingan Sungai Gedong rosak dibangun semula

GEDONG: Peruntukan sebanyak RM15 juta diluluskan bagi membangunkan semula Tebingan Sungai Gedong di sini yang mengalami kerosakan serius akibat tanah mendap. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerosakan itu menjejaskan struktur tapak tebingan sungai hingga menyebabkan lima rumah terjejas. “Mengikut unjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), ia akan melibatkan peruntukan […]

SMK Spaoh terima sumbangan ADUN Bukit Saban, Ahli Parlimen Betong

SPAOH: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh menerima sumbangan keseluruhan sebanyak RM115,000 di sini, semalam. Sumbangan itu disampaikan pada Majlis Kesyukuran Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2024 sekolah terbabit dan pemberian insentif khas kepada pelajar cemerlang peperiksaan itu. Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas […]

TikTok Challenge Inspirasi Anak Sarawak jadi acara tahunan

KUCHING: TikTok Challenge Inspirasi Anak Sarawak anjuran bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Koperasi Pro Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS) bakal dijadikan acara tahunan, dengan penganjuran dijangka dibuat dalam skala yang lebih besar dan pelbagai. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, inisiatif ini akan […]

Seminar tangani isu perubahan iklim 29 Julai, himpunkan pembuat dasar, cendekiawan

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan seminar Kemanusiaan dan Krisis Perubahan Iklim Antarabangsa: Perspektif Multidimensi di sini pada 29 Julai ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Abang Johari juga dijadual […]

TYT yakin kepimpinan Premier, Sarawak diurus tadbir dengan baik

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri Sarawak pagi tadi. Kunjungan tersebut sempena sesi pra-Kabinet Negeri yang menjadi platform penting untuk memaklumkan secara langsung kepada Tun Pehin Sri mengenai hal ehwal pentadbiran negeri bagi […]