Category: Umum

Premier Sarawak antara pemimpin sertai ALR Ke-12

SINGAPURA: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin negara menyertai delegasi Malaysia ke Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura (ALR) Ke-12 yang berlangsung di sini, hari ini. Delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Singapura bagi menghadiri ALR itu. Mengiringi Anwar ialah Timbalan Perdana Menteri […]

Strategi kewangan negeri bantu Sarawak bangunkan infrastruktur

KUCHING: Sarawak kini melangkah lebih jauh dalam agenda pembangunan sendiri apabila strategi berani kerajaan negeri termasuk penubuhan bank sendiri mula menunjukkan hasil. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata penubuhan bank negeri adalah antara langkah kreatif yang membolehkan Sarawak berdikari dari sudut pembiayaan pembangunan, sekali gus tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada […]

Insentif RM700: Keprihatinan kerajaan terhadap peranan media

KUCHING: Pengumuman insentif RM700 secara one-off kepada pengamal media swasta disifatkan sebagai penghargaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, terhadap peranan media. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata ini kerana jambatan komunikasi penting antara kerajaan dan rakyat. “Premier Sarawak sentiasa mengambil […]

Sarawak gerakkan kempen promosi buah-buahan tempatan

KUCHING: Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 telah dilancarkan di perkarangan DUN Sarawak petang tadi. Pelancaran disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serentak dengan pelancaran Majalah Agro Kenyalang terbitan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS). Turut hadir memberi sokongan ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar […]

Sarawak kekurangan 930 doktor, pengisian tenaga perubatan antara cabaran terbesar

KUCHING: Sarawak kini berdepan kekurangan 930 doktor daripada 30,523 jawatan yang diluluskan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Kekurangan itu katanya, menjadikan isu pengisian tenaga perubatan antara cabaran terbesar dalam memastikan rakyat mendapat akses kesihatan mencukupi. Beliau berkata, nisbah doktor kepada populasi negeri masih jauh ketinggalan di belakang purata kebangsaan, dengan […]

Anugerah Kewartawanan Shell 20 Disember ini

KUCHING: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) berharap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, akan mengumumkan ‘berita gembira’ berhubung desas-desus bantuan kewangan kepada pengamal media pada hari terakhir Persidangan DUN Sarawak. Presiden KDJA, Ronnie Teo, berkata seluruh pengamal media di Sarawak menantikan “buah tangan” yang mungkin diumumkan Premier semasa sesi penggulungan kementeriannya. […]

SUKSAR IV 2026: Platform persiapan Sarawak ke SUKMA

KUCHING: Temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 bakal menjadi platform penting untuk memantapkan persiapan kontinjen negeri dalam mempertahankan kejuaraan SUKMA di Selangor. Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, SUKSAR sejak 2017 berperanan sebagai medan pencarian bakat dan pembangunan atlet pelapis. “SUKSAR IV yang berlangsung pada awal Februari […]

Transformasi digital Sarawak bantu tingkatkan jaringan pendidikan luar bandar

KUCHING: Usaha Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) memperkenalkan Jaringan Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (SRBN) meningkatkan akses pendidikan pelajar terutama di pedalaman. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaannya itu membuka peluang pembelajaran lebih luas kepada sekolah luar bandar, sekali gus membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. “Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) […]

Kenaikan imbuhan: KMKK Islam Lundu zahirkan terima kasih pada Premier

KUCHING: Ketua Kaum dan Masyarakat (KMKK) Islam Daerah Lundu mengadakan lawatan ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Rombongan tersebut diketuai Pemanca Jumahdi Sabian turut bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan, selain mengikuti sesi pembentangan persidangan DUN. Dalam lawatan itu, Jumahdi turut menyampaikan […]

Majlis Adat Istiadat Sarawak terokai teknologi AI, perkukuhkan penyelidikan dan dokumentasi

KUCHING: Majlis Adat Istiadat Sarawak kini meneroka penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi memperkukuh proses penyelidikan, dokumentasi dan pentafsiran adat peribumi, selaras dengan keperluan masyarakat moden. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai, berkata langkah itu dilaksanakan untuk meringankan beban kerja majlis, selain memastikan adat tradisional terus relevan dalam konteks sosioekonomi yang […]