KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneruskan program Ihya Ramadan dengan berbuka puasa bersama warga Polis Sarawak di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, di sini hari ini. Ketibaan beliau serta Toh Puan di Masjid Al-Mujahidin, Tabuan Jaya disambut oleh […]
1,568 kes jenayah siber di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 1,568 kes berkaitan pelbagai jenayah siber sejak Januari hingga Oktober 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini berdasarkan rekod polis dan melibatkan kerugian RM64,970,062.11. “Penipuan E- Dagang merekodkan jumlah kes tertinggi, iaitu 513 kes melibatkan kerugian berjumlah RM4,479,809.74,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Sesi Ziarah […]
AirBorneo akan guna pesawat ATR baharu
KUCHING: AirBorneo akan menggantikan pesawat ATR lama dengan ATR 600 yang lebih baharu selepas tempoh pajakan semasa tamat dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi, dedah Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. Beliau berkata, selepas mengambil alih daripada MASwings, AirBorneo pada peringkat awal akan mengekalkan semua pesawat sedia ada di bawah pajakan bagi memastikan […]
Premier Sarawak hadiri majlis berbuka puasa bersama Kumpulan Yayasan Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini. Kehadiran beliau disambut dif-dif kenamaan sebelum berbuka bersama 950 kakitangan dan ahli keluarga dari Kumpulan Yayasan Sarawak. Usai menjamu selera selepas solat Maghrib, Premier Sarawak yang […]
ATM terima Sumbangsih Raya terbesar dari Kerajaan Sarawak
KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima jumlah terbesar Sumbangsih Raya 2025 daripada Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK). Menteri KPWK, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ATM menerima 4,500 daripada keseluruhan 12,000 pek Sumbangsih Raya pada tahun ini. “ATM juga merupakan penerima pertama sejak program ini dilaksanakan 35 tahun lalu dan […]
Perincian kursus untuk pendidikan percuma Sarawak diketahui November Ini
KUCHING: Perincian kursus yang akan ditawarkan untuk pendidikan percuma di universiti milik Sarawak akan diketahui pada November ini. Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kebanyakan kursus yang akan ditawarkan berkaitan sains. “Saya akan beri maklumat terperinci pada November depan. Biar pelajar belajar bersungguh-sungguh dahulu. “Saya akan umumkan […]
Kebersihan, harga berpatutan Bazar Ramadan Saratok
SARATOK: Peniaga Bazar Ramadan Saratok perlu menjaga kebersihan persekitaran dan kualiti makanan yang dijual. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, makanan yang dijual dengan harga berpatutan. “Saya yakin melalui pendekatan itu, kita dapat meyakinkan pelanggan untuk datang membeli,” katanya. Beliau berkata demikian pada Perasmian Bazar Ramadan Saratok 2025, di sini, petang semalam. […]
TYT, isteri berbuka puasa bersama warga Markas Medan Timur
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berbuka puasa bersama warga Markas Medan Timur di sini, hari ini. Ketibaan beliau di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Kem Penrissen, Batu 8 disambut Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD) Leftenan Jeneral Dato Mohd […]
MA63 fokus rundingan antara Kerajaan Sarawak,Persekutuan
KUCHING: Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tetap menjadi keutamaan dalam rundingan antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ini terutamanya dalam isu agihan Geran Khas di bawah Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan. “Kita akan terus membincangkan perkara-perkara yang masih […]
Peserta skim padi Sungai Bapak terima sewa tanah
KUALA RAJANG: Bayaran sewa tanah hampir RM90,000 telah diberi kepada peserta skim tanaman padi di Sungai Bapak, Kampung Rajang di sini. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, skim membabitkan seramai 17 peserta membabitkan 25 lot tanah berkeluasan 135 ekar. Ia merupakan fasa pertama projek membabitkan sebanyak 82.1 […]
