Category: Umum

Tahap Penilaian DLP Tahun Enam mulai 2025

KUCHING: Sarawak akan melaksanakan Tahap Penilaian bagi pelajar Program Dwi Bahasa (DLP) Tahun Enam mulai 2025 dan Tngkatan Tiga, mulai 2028. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, matlamat utama Tahap Penilaian itu untuk menilai perkembangan pembelajaran sains dan mathematik dalam Bahasa Inggeris di bawah DLP. Pelajar pertama […]

86 pelajar UNIMAS lawat DUN

KUCHING: Seramai 86 pelajar tahun akhir Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UNIMAS mengadakan lawatan di Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya, di sini hari ini. Semasa lawatan itu pelajar berkenaan diiringi Pensyarah Kursus Analisis Polisi Sosial dan Perancangan, dan Penyelaras Program Kerja Sosial UNIMAS, Dr Athirah Azhar. Menurutnya, lawatan itu bertujuan memenuhi salah […]

Kajian pelarasan gaji, elaun baharu KMKK dalam peringkat akhir

KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam peringkat akhir kajian terperinci bagi keperluan pelarasan gaji dan elaun baharu Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berkata, kali terakhir Kerajaan Sarawak membuat penyelarasan gaji bagi KMKK pada 2018 menyaksikan kenaikan sebanyak RM100. ”Oleh itu, Kerajaan Sarawak dalam peringkat akhir kajian […]

PETROS gas agregator tunggal Sarawak

KUCHING: Pelantikan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), syarikat milik Kerajaan Sarawak sebagai gas agregator tunggal di negeri ini adalah muktamad dan tidak boleh dirunding, tegas Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Dato Sri Julaihi Narawi. Beliau juga sekali lagi mengulangi bahawa tidak ada gas agregator lain di Sarawak. Ujarnya, PETROS yang dilantik sebagai gas agregator tunggal berkuat […]

RM1.085 bilion baiki, ganti paip

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan program menaik taraf dan penggantian paip lama dan uzur di seluruh Sarawak secara berfasa untuk jangka masa lima tahun. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, agensi bekalan kini sedang giat menjalankan kerja-kerja survei penyediaan pelan lukisan penyediaan dokumen tender perlawaan tender. Katanya, sebanyak […]

Lantik calon pengambilan khas guru Sarawak sebagai guru COS baharu

KUCHING: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) diharap melantik calon pengambilan khas guru Sarawak sebagai guru baharu sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, keputusan calon terbabit dilantik sebagai guru di bawah kontrak perkhidmatan (COS) adalah kuasa Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). “Saya […]

Parti PBB Cawangan N.68 Tanjong buka ruang kepada bakat muda

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.68 Tanjong Batu berhasrat membuka ruang kepada bakat muda untuk memimpin cawangan itu. Ketuanya, Datuk Haidar Khan Asghar Khan berkongsi harapan untuk terus memimpin namun mengakui bahawa kini tiba masanya untuk membuka ruang kepada bakat muda dalam parti. “Dalam mesyuarat perwakilan yang akan datang, kita akan memilih bakat-bakat […]

Konvensyen Parti PBB: Cawangan Bukit Saban cadangkan Abang Johari kekal Yang di-Pertua Parti

SPAOH: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.37 Bukit Saban akan mencadangkan satu resolusi agar Yang di-Pertua Parti, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengekalkan jawatannya tanpa bertanding pada Konvensyen Parti PBB sesi 2024-2027 yang akan diadakan pada tahun depan. Pengerusinya yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Abang […]

Sukan bina kesepakatan dalam komuniti – Rodiyah

ULU GEDONG: Ahli Parimen P.200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee merasmikan pertandingan bola sepak anjuran Persatuan Ibu dan Guru (PIBG) SK Kepayang di Kampung Kepayang di sini. Dalam ucapan ringkasnya, Rodiyah berkata pertandingan itu bukan sekadar satu acara sukan. Malah, ia adalah platform penting untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat. “Di atas […]

4,686 penerima Bantuan Kesejahteraan Sosial di Betong

DEBAK: Seramai 4,686 penduduk di Betong menikmati Bantuan Kesejahteraan Sosial (BKS) membabitkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,831,650 setakat Oktober lalu. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, seramai 153 Orang Kelainan Upaya (OKU) didaftarkan di Betong termasuk 56 pelatih yang ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Betong dan Saratok membabitkan 12 petugas. […]