Tujuh MoU dimeterai, perkukuhkan agenda tenaga hijau

KUCHING: Tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai lebih RM200 juta ditandatangani pada acara EIC Connect Energy Borneo 2025 di sini, hari ini. Penganjuran ini dijangka menjadi pemangkin utama kepada pembangunan sektor tenaga di rantau ini, memperkukuhkan hubungan strategik dan sokongan industri bagi memajukan agenda tenaga hijau. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland […]

Kerajaan GPS biayai deposit beli rumah pertama

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi deposit pembelian rumah pertama melebihi RM250,000 bagi lebih 250 unit rumah Perumahan Vision Hill Sri Pertiwi di sini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, deposit berjumlah RM10,000 setiap rumahtidak perlu dibayar balik kerana kesemuanya ditanggung kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Pembeli rumah hanya menyambung pembayaran […]

Peruntukan RM30 juta bina kompleks sukan, stadium tertutup

KABONG: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta bagi membina kompleks sukan dan stadium tertutup di Daerah Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, langkah ini penting dalam menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong sebagai pusat program pembangunan sukan luar bandar. Katanya, ini juga langkah kerajaan Sarawak […]

Polisi Pelaburan Sarawak ditingkatkan, fokus kelestarian alam

KUCHING: Polisi Pelaburan Sarawak akan ditingkatkan bagi meningkatkan daya saing pelaburan yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini. Jelas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, meskipun polisi pelaburan sedia ada telah terbentuk, pihaknya sedang mengkaji sektor keutamaan dan teknologi yang diperlukan bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Sarawak. “Kita mahu pelaburan […]

Delegasi Sarawak, Chiyoda bincang mengenai inovasi tenaga hijau

JEPUN: Delegasi Kerajaan Sarawak yang sedang berada di Jepun meneruskan lawatan kerja dengan melawat Chiyoda Koyasu Research Park Yokohama hari ini. Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel yang mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak berkata, lawatan itu bertujuan memperdalamkan pemahaman delegasi terhadap teknologi inovatif Chiyoda dalam kitar semula karbon […]

Hak agregator gas tunggal wujudkan industri baharu

KUCHING: Usaha Kerajaan Sarawak untuk menjadi gas agregrator tunggal di Malaysia bertujuan mewujudkan pelbagai industri baharu dalam sektor tersebut. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak mempunyai 60 peratus rizab gas di Malaysia dalam pelbagai komponen yang boleh mengeluarkan produk lain. Jelas beliau, industri ini sudah tentu memerlukan banyak tenaga […]

RM28,500 untuk masjid dan surau DUN Tanjong Datu

LUNDU: Projek bina baharu Masjid Ikhwanil Muslimin sudah siap dan mula digunakan penduduk Kampung Sekambal di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, projek itu bernilai RM2.3 juta. “Setiap kampung juga boleh memohon untuk pembinaan masjid atau surau jika tiada masalah tanah untuk pembinaan dan sebagainya,” katanya. Beliau […]

Majlis Silaturahim Al-Quran Sempena Ambang Ramadan 2025 di Masjid Jamek

KUCHING: Lebih 200 peserta menghadiri Majlis Silaturahim Al-Quran Sempena Ambang Ramadan 2025 “Jom Ngaji Rami-Rami” di Masjid Jamek, di sini, hari ini. Majlis tersebut dianjurkanRumah Ngaji Dr. Fatimah dengan kerjasama Kolej SIDMA Sarawak, HIKMAH, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Masjid Jamek Kuching. Program hari ini merupakan ketiga untuk penutupan membaca dan menghafal […]