RM9 juta turap jalan kampung di Lundu

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menzahirkan terima kasih kepada Premier Sarawak yang memperuntukkan RM9 juta untuk Projek Rakyat di kawasan N3 Tanjong Datu. Beliau berkata, Projek Rakyat itu membabitkan penurapan jalan dari rumah ke rumah fasa dua yang melibatkan 43 kampung. Projek itu masih dalam pelaksanaan oleh Kontraktor Flownic […]

Anugerah Sastera Sarawak Ke-11 iktiraf komitmen, kepakaran sasterawan

KUCHING: Bekas wartawan anak kelahiran Kampung Sebangan, Simunjan, Dr Abang Padeli Abang Muhi bakal menerima Anugerah Kesasteraan Sarawak Keenam pada Anugerah Sastera Sarawak Ke-11 pada 30 Oktober ini. Anugerah itu sebagai mengiktiraf komitmen, kepakaran dan ketokohan beliau sebagai penulis dan sasterawan. Pengerusi Panel Penilai Anugerah Sastera Sarawak Ke-11, Datu Dr Adibadiozaman Tuah berkata, pemilihan beliau […]

Pengambilan syarikat MASWING dalam peringkat rundingan lanjutan

KUCHING: Sarawak yakin akan dapat menamatkan rundingan bagi pengambilan syarikat penerbangan MASWING tidak lama lagi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, proses pengambilan syarikat itu kini dalam peringkat rundingan lanjutan. “Saya yakin proses pengambilan Syarikat MASWING yang kini dalam peringkat rundingan lanjutan akan ditamatkan tidak berapa lama lagi,”katanya. Beliau berkata […]

UNIMAS rasmi padang sintetik pertama

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah merasmikan pembukaan padang sintetik di Arena Tun Tuanku Haji Bujang (AT2HB), kampus universiti itu, di sini, hari ini. Menurut kenyataan UNIMAS, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit telah menyempurnakan majlis perasmian pembukaan padang sintetik bagi bolasepak dan ragbi terbabit. “Padang sintetik pertama di Kota Samarahan ini […]

Projek naik taraf dua sekolah daif di Kuching, Sarikei sudah siap

KUCHING: Projek menaik taraf dua sekolah daif yang berharga RM33.6 juta siap sepenuhnya. Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Katanya, projek tersebut membabitkan pembinaan gantian penuh 12 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki di sini. Pembinaan gantian […]

Yayasan OBYU laksanakan CSR

KUCHING: Yayasan OBYU menyumbang sebuah van jenazah kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL), hari ini. Van yang bernilai RM131,195 itu diserah oleh Ahli Lembaga Amanah Yayasan OBYU, Dato Ahmadi Yusoff kepada Pengerusi LAKIL Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu di sini, hari ini. Sebelum ini, Yayasan OBYU mengumumkan bahawa pihaknya akan menyumbang van berkenaan […]

Sarawak catatkan CeIO tertinggi, budayakan intergriti dalam organisasi

KUCHING: Sarawak kini mempunyai jumlah Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) tertinggi berbanding negeri-negeri lain, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, seramai 211 pegawai berkenaan untuk membudayakan integriti di dalam organisasi dan memperkukuhkan budaya tersebut dalam masyarakat. Seramai 25 pegawai CeIO ditempatkan di pelbagai Kementerian, Jabatan (64 pegawai), Badan-Badan Berkanun (55 […]