Hari Jadi TYT: Persiapan lancar
KUCHING: Semua persiapan istiadat perbarisan dan rapat raksaksa sempena hari lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-78 di Padang Merdeka, di sini, pada 12 Oktober ini berjalan dengan baik. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setelah beliau menyaksikan raptai terakhir bagi perbarisan dan rapat raksaksa itu. “Hari […]
TYT terima kunjungan hormat Jawatankuasa Pengelola Program LBAS
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengelola Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Astana Negeri Sarawak hari ini. Rombongan tersebut diketuai Menteri Kerja Raya merangkap Pengerusi Pengelola Lan Berambeh Anak Sarawak 2024, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi. Ketika ditemui selepas kunjungan tersebut, beliau […]
Sarawak guna digital bangunkan bandar
KUCHING: Kerajaan Sarawak menerapkan transformasi digital dalam pembangunan bandar yang strategik dan inklusif. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, transformasi ini menjadikan bandar di Sarawak mampu berkembang dan membangun. Jelas beliau, Sarawak mulai melabur dalam bandar pintar sebagai inisiatif untuk mengoptimumkan pengurusan bandar dan menambah baik kualiti hidup penduduk. “Artificial […]
Sarawak guna undang-undang bangunkan projek CCUS
MIRI: Kerajaan Sarawak menggubal undang-undang untuk mempromosi dan membangunkan projek Pengurangan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di luar pesisir perairan Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, entiti minyak dan gas Sarawak, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dilantik sebagai pengurus sumber untuk mempromosi dan membangunkan tapak penyimpanan karbon tersebut. Ketika ini […]
Perkhidmatan bas awam percuma bermula di Miri
MIRI: Kerajaan Sarawak kini menyediakan perkhidmatan bas awam percuma menggunakan sebanyak 14 bas pintar baharu jenis Volvo Euro 3 kepada masyarakat di Miri. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata ini juga menjadikan Miri bandar raya pertama di Sarawak menyediakan perkhidmatan bas awam yang percuma bermula 1 Oktober 2024. Katanya, bas pintar baharu […]
Hubungi Talian Kasih 15999 jika berlaku kes dera
LINGGA: Semua pihak, sebagai individu mahupun komuniti, perlu bersama-sama cakna terhadap hak kanak-kanak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, sekiranya berlaku kejadian mencurigakan terhadap kanak-kanak dapatkanpertolongan segera dengan menghubungi Talian Kasih 15999 atau melalui Whatsapp 019-2615999. Kejadian itu mungkin membabitkan kanak-kanak yang didera oleh ibu bapa atau ahli keluarga di […]
Naik taraf gelanggang futsal Kampung Warisan sudah siap
BINTULU: Gelanggang futsal Kampung Warisan di sini siap dinaik taraf melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak bernilai RM350,000. Projek terbabit meliputi kerja melengkapkan gelanggang dengan bumbung dan tandas serta lampu bagi penduduk dapat menggunakan kemudahan itu waktu malam. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini merupakan […]
Jangan mudah diperdaya ‘love scam’
SARATOK: Golongan pesara dinasihati supaya sentiasa berhati-hati dengan iklan serta tawaran lumayan perniagaan tidak wujud yang akhirnya akan merugikan mereka sendiri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, sejak kebelakangan ini golongan pesara kerajaan sering menjadi sasaran sindiket penipuan ‘love scam’ kerana menyedari kumpulan berkenaan memiliki banyak wang simpanan. “Banyak berita telah kita […]
‘Lipan’ bakal ubah wajah industri kelapa sawit
SUBIS: Mesin penuai buah sawit hasil inovasi Sarawak Plantation Berhad (SPB) bakal menjadi ‘game changer’ dalam keseluruhan industri kelapa sawit di negeri ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mesin diberi nama ‘lipan’ yang direka SPB hasil kolaboratif dengan pihak China itu akan membawa perubahan besar terhadap industri kelapa sawit. […]
Penubuhan sayap belia Parti PBB perkukuh peranan belia
BINTANGOR: Penubuhan sayap belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memperkukuhkan peranan dan masa depan golongan belia khususnya di negeri ini. Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS, Datuk Abdullah Saidol, beliau yakin langkah ini akan diikuti oleh rakan-rakan parti komponen lain dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau pada masa sama menasihati pemimpin […]
