Usaha PNK Kabong bantu tingkatkan pendapatan nelayan
KABONG: Kerjasama erat antara agensi kerajaan atau pertubuhan dengan wakil rakyat sangat penting untuk pembangunan di kawasan Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, beliau akan berusaha membantu keperluan penduduk demi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. “Semoga perancangan yang dirancang oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong akan menjadi kenyataan,” katanya pada sesi […]
KKMG, SEB adakan kursus jana ekonomi di rumah panjang
KUCHING: Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) mengadakan kursus keusahawanan dan kursus penanaman dan penjagaan hidroponik di Rumah Nyaun Sungai Duan, Balingian baru-baru ini. Kursus diadakan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) KKMG dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Persatuan Tuai Rumah Jalan Bukut Balingian. Menurut kenyataan KKMG hari ini, kursus ini untuk melahirkan usahawan serta […]
Program subsidi tambang bas RM1 dikaji semula
KUCHING: Program Subsidi Tambang Bas Kadar Rata RM1 di Sarawak bakal dikaji semula bagi meningkatkan keberkesanan kemudahan pengangkutan awam di negeri ini. Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia susulan Kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengkaji semula pelaksanaan program subsidi dengan operasi bas melibatkan laluan dihadkan tidak melebihi 40 kilometer (km). “Pada 26 […]
Stok diesel habis di beberapa stesen PETRONAS
KUCHING: Terdapat beberapa stesen PETRONAS di seluruh negara ini sedang menghadapi kehabisan stok diesel. Menurut PETRONAS Dagangan Berhad, isu ini dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini. “Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” menurut kenyataan syarikat berkenaan. Syarikat itu juga ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bagi […]
Dua rumah panjang DUN Kalaka sertai Parti PBB
SARATOK: Penduduk dua rumah panjang menghantar borang keahlian menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, keseluruhannya seramai 147 orang dari Rumah Ikom Senyawan dan Rumah Embol Asom. “Seramai 118 penduduk dari Rumah Ikom Senyawan dan 28 penduduk […]
UiTM, Geospec Sdn Bhd adakan khidmat kejuruteraan profesional
KUCHING: Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Sarawak dengan kerjasama Geospec Sdn Bhd telah mengadakan Inisiatif Khidmat Kejuruteraan Kerja Siasatan Tapak pembinaan Kompleks Pendidikan Islam As-Shargowi, baru-baru ini. Inisiatif itu menggabungkan ECG353 – kursus Kejuruteraan Tanah yang merupakan langkah penting merangkumi pengetahuan akademik dengan menggunakan amalan kejuruteraan, yang fokus kepada pembangunanmasyarakat. Hasil penggunaan […]
Selamat Menyambut Hari Krismas
Raikan kemeriahan Hari Natal bersama-sama mereka yang meraikannya. Semoga perpaduan kaum Sarawak terus kukuh.
Sikap saling jaga antara agama, kekalkan keharmonian jadi kekuatan Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis keluaran dalam negeri kasar (KDNK) akan berkembang daripada RM140 bilion kepada RM282 bilion menjelang 2030. Menurut Abang Johari, matlamat itu dapat direalisasikan dengan adanya program pemangkin dan ekonomi yang pelbagai di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. “Walaupun Krismas, seperti yang saya […]
Pertahan keamanan, keharmonian masyarakat majmuk
KUCHING: Keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak merupakan khazanah yang mesti dihargai, dikekalkan dan dipelihara sepanjang masa. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, keamanan dan keharmonian yang dinikmati ini dibina di atas asas yang kukuh melalui keringat dan darah nenek moyang terdahulu. Tegasnya, wang dan kekayaan tidak boleh membeli […]
Elaun pelatih OKU program PDK dinaik RM300 sebulan
KUCHING: Penjagaan dan sokongan kepada orang kelainan upaya (OKU) adalah salah satu perancangan Kerajaan Persekutuan bagi memupuk pembangunan potensi holistik golongan itu di negara ini. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWK), Dato Sri Nancy Shukri, kementerian akan membangunkan modul kursus komprehensif untuk penjagaan dan sokongan OKU. “Sehubungan itu, kami meningkatkan elaun pelatih […]
