Elaun pelatih OKU program PDK dinaik RM300 sebulan
KUCHING: Penjagaan dan sokongan kepada orang kelainan upaya (OKU) adalah salah satu perancangan Kerajaan Persekutuan bagi memupuk pembangunan potensi holistik golongan itu di negara ini. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWK), Dato Sri Nancy Shukri, kementerian akan membangunkan modul kursus komprehensif untuk penjagaan dan sokongan OKU. “Sehubungan itu, kami meningkatkan elaun pelatih […]
Penubuhan MEITD inisiatif Sarawak tambah baik sistem pendidikan
KUCHING: Penubuhan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) merupakan salah satu inisiatif Sarawak dalam usaha menambah baik sistem pendidikan di negeri ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam) Datuk Abdullah Saidol berkata, MEITD akan menjadi perantara dalam menangani isu-isu pendidikan termasuk kebajikan warga pendidik. Selain itu, […]
Sarawak perlukan 1,500 guru baharu
KUCHING: Penempatan seramai 1,108 baharu di Sarawak Disember ini merupakan permulaan baik bagi mengatasi kekurangan guru di Sarawak. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana Sarawak masih memerlukan lagi sekurangnya seramai 1,500 guru baharu dalam pelbagai disiplin. “Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan isu kekurangan guru dapat ditangani […]
Kontraktor bukan punca kerja naik taraf Jalan Oya lewat
KUCHING: Kelewatan kerja-kerja menaik taraf Jalan Oya bukan disebabkan prestasi buruk kontraktor yang melaksanakannya. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak menjelaskan bagaimanapun, punca kelewatan jalan sepanjang 1.4 kilometer (km) akibat kerja-kerja pemindahan dan peralihan perkhidmatan bawah tanah yang rumit dan memerlukan masa yang panjang. Menurut kenyataan […]
PETROSNiaga labur lebih RM50 juta, perkukuh rangkaian bekalan
KUCHING: PETROSNiaga, entiti perniagaan berlesen untuk gas LPG bersubsidi telah melabur lebih RM50 juta untuk mengukuhkan rangkaian bekalannya, menaik taraf kapasiti penyimpanan, menyuntik silinder gantian dan meningkatkan pengurusan logistik. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini bagi memastikan, antara lain, kos sifar untuk pertukaran silinder oleh pelanggan di seluruh Sarawak. “Tiada penyerapan […]
Kadar jenayah indeks Sarawak meningkat
KUCHING: Kadar jenayah indeks di Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak satu peratus sahaja bagi tempoh Januari sehingga pertengahan Disember 2023. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, manakala untuk penyelesaian kes jenayah dapat diselesaikan pula sebanyak 90 peratus bagi tempoh yang sama. “Meksipun terkawal, usaha berterusan harus diteruskan secara bersepadu untuk mengawal keadaan sama ada dari […]
Sarawak kaji lupus sampah plastik guna teknik pirolisis
KUCHING: Kajian mengenai cara pelupusan sampah plastik menggunakan teknik pirolisis sedang dijalankan oleh Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, usaha menangani masalah itu akan diusahakan dengan kerjasama syarikat dari Singapura. “Sampah plastik-plastik akan dihantar ke Singapura dan diuruskan oleh syarikat di negara itu. “Insya-Allah […]
Jambatan Jepak siap Oktober 2024
BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak yang kini mencapai kemajuan kira-kira 66.7 peratus mendahului jadual dijangka dapat disiapkan pada Oktober tahun depan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, komponen jambatan akan melibatkan lampu hiasan seragam dan lif menegak pada bahagian jambatan sebelah Bintulu. “Selain Jambatan Bintulu-Jepak, Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bintulu yang bakal […]
Pengambilalihan MASwings dijangka dapat diselesai tahun depan
KUCHING: Sarawak dijangka dapat menyelesaikan proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selepas suku kedua atau ketiga tahun depan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini proses pengambilalihan sedang dilaksanakan Kerajaan Sarawak. “Saya jangka (proses pengambil alihan selesai) suku kedua atau suku ketiga, tahun depan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian […]
Ucapan Krismas pada kek tidak harus dijadi isu, ganggu gugat keharmonian kaum
KUCHING: Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menyifatkan isu larangan ucapan Krismas pada kek tidak seharusnya timbul susulan ia boleh mencetuskan perbalahan dalam kalangan rakyat. Menyokong pendirian Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung isu itu, Fazzrudin turut menempelak pihak yang melarang ucapan Krismas pada kek dan mengingatkan bahawa isu […]
