Selangau berpotensi sebagai pusat pengeluaran kopi
SELANGAU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan akan menjemput pakar pertanian bagi mengkaji kesesuaian DNA kopi dengan keadaan cuaca di negeri ini. Beliau berkata, salah satu daripada kawasan kemungkinan sesuai untuk dibangunkan ladang kopi di negeri ini ialah Selangau. Selangau yang memiliki kawasan tanah luas dan subur boleh menjadi pusat […]
Pendidikan percuma semua universiti milik Kerajaan Sarawak mulai 2026
SIBU: Kerajaan Sarawak komited memberikan pendidikan percuma di semua universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya mulai 2026. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi membantu ibu bapa dan pelajar yang kurang bernasib baik. “Komitmen ini dibuktikan menerusi inisiatif pendidikan percuma kepada lebih dari 25,000 pelajar di semua universiti […]
Bengkel Asas Kayak 2023
Sekitar hari pertama Bengkel Asas Kayak 2023 Peringkat Sri Aman Anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan kerjasama Persatuan Kenu Sarawak diadakan di kawasan sungai Kampung Hulu Sri Aman. Selesai sesi teori, program diteruskan dengan sesi praktikal di Sungai bagi memberi peluang kepada peserta merasai sendiri berkayak di sungai. Hadir sama menyaksikan aktiviti hari ini ialah […]
Waspada penularan semula Covid-19
KUCHING: Rakyat di negeri dinasihat berwaspada dengan penularan semula wabak Covid-19 lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Krismas nanti. Gesaan itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki sambil menyarankan kepada orang ramai untuk menggunakan semula pelitup muka terutama di tempat sesak demi keselamatan sendiri. “Kita harus sentiasa berjaga-jaga kerana kita tidak tahu […]
Kebajikan kumpulan sasar diutama sempena musim perayaan
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengajak semua pihak membantu meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan itu boleh dihulurkan khusus kepada pesakit kanser yang memerlukan sokongan kuat dari segi moral dan psikologi serta emosi dalam membantu mereka menjalani kehidupan harian. Tanggungjawab sosial korporat […]
Detik kejayaan Graduan UiTM Cawangan Sarawak
Seramai 309 graduan menerima ijazah sarjana muda dan diploma pada sidang keempat Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-98 Cawangan Sarawak di Dewan Jubli, UiTM Sarawak Kampus Samarahan, hari ini. Daripada jumlah itu, 51 graduan menerima ijazah sarjana muda manakala 258 (Diploma) dalam pelbagai fakulti. Graduan ini antara yang mengikuti kelas dalam talian susulan pandemik […]
Peluang dagangan UK, Sarawak terbuka luas
LONDON: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berkunjung ke United Kingdom (UK) semalam menemui anggota Parlimen dan Pengerusi Majlis Perniagaan dan Pelaburan Komonwel, Lord Jonathan Peter (Lord Marland) di sini. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak bertukar-tukar idea dengan Lord Jonathan mengenai perkara yang mempunyai kepentingan […]
Graduan UiTM miliki kebolehpasaran, penuhi pasaran kerja pelbagai sektor
SAMARAHAN: Kebolehpasaran graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak secara keseluruhannya mencecah 88 peratus. Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Profesor Madya Dr Mohammad Isa Mohamadin berkata, pencapaian ini membuktikan bahawa graduan universiti itu mampu memenuhi pasaran kerja dalam pelbagai sektor. Sehubungan itu, beliau menasihatkan graduan supaya mempunyai daya pemikiran kritis, berkepimpinan dan semangat […]
Jambatan Batang Saribas
Kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Saribas rancak dilaksanakan. Jambatan sepanjang 1.55 kilometer (km) itu dibiayai Kerajaan Sarawak pimpinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Jambatan itu dijangka siap pada 2024. Jambatan tersebut mula dibina 3 Jun 2019 namun pelaksanaannya tertangguh susulan Covid-19. Bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan giat dijalankan, […]
RM15 juta bagi program EFS tahun depan
KUCHING: Sarawak memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi pelaksanaan program Endowment Fund Sarawak (EFS) pada tahun depan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah sehubungan itu berterima kasih kepada Premier Sarawak yang mengumumkan peruntukan itu dalam Bajet 2024. “Setakat 30 November 2023, seramai 104,804 anak Sarawak telah memiliki akaun EFS dengan jumlah peruntukan […]
