Agihan berzon pastikan surau, masjid terima giliran agihan daging korban
LAWAS: Ibadah korban di daerah ini berjalan lancar di surau dan masjid. Pengerusi Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas, Awang@Ibrahim Ahmad, berkata beberapa ekor kerbau termasuk sumbangan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ditumbangkan pagi tadi. “Terima kasih Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyumbang sejumlah 24 ekor kerbau melalui […]
Siap dinaik taraf, rumah JKKK Kampung Bintawa Hilir selesa
KUCHING: Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bintawa Hilir yang sebelum ini dalam keadaan kurang selamat dan tidak selesa kini siap sepenuhnya dinaik taraf. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, dengan siapnya rumah tersebut, komunitiboleh menggunakan tempat tersebut untuk pelbagai aktiviti Ia termasuk dijadikan tabika kemas untuk anak- […]
Perancangan kewangan awal permudah pelaksanaan ibadah korban
GEDONG: Kesedaran masyarakat Islam untuk membuat simpanan awal bagi tujuan ibadah korban semakin meningkat sekali gus membolehkan pelaksanaan ibadah itu dilakukan dengan lebih terancang dan tersusun setiap tahun. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, semakin ramai masyarakat Islam tampil melaksanakan ibadah korban hasil inisiatif simpanan bulanan secara sukarela. Menurutnya, perkembangan […]
Jambatan Batang Lupar 1 bukti keupayaan, komitmen JKR Sarawak
KUCHING: Kejayaan menyiapkan Jambatan Batang Lupar 1 yang merupakan jambatan merentasi sungai terpanjang di Malaysia membuktikan keupayaan serta komitmen tinggi warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam merealisasikan pembangunan infrastruktur bertaraf dunia demi manfaat rakyat. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pencapaian tersebut turut mencerminkan kemampuan JKR Sarawak dalam melaksanakan projek pembangunan […]
31 asnaf di Kota Samarahan terima sumbangan daging korban
ASAJAYA: Seramai 31 asnaf dari tiga kampung menerima agihan daging korban semasa Program Penyerahan Daging Korban Parlimen Kota Samarahan yang diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Tambirat Lot hari ini. Program anjuran Pejabat Daerah Asajaya dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan serta Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya itu dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh semangat […]
Enam ekor lembu ditumbang pada Ibadah Korban di Sebangan
SEBUYAU: Sebanyak enam ekor lembu ditumbangkan dalam Program Ibadah Korban di kawasan Sebangan di sini, hari ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi menghadiri program tersebut. Daripada jumlah tersebut, lima ekor lembu merupakan sumbangan wakil ADUN manakala seekor lagi disumbangkan oleh wakil Ahli Parlimen bagi […]
Semangat anak muda semarakkan program korban di surau
KUCHING: Penglibatan aktif golongan muda berusia bawah 40 tahun dalam program keagamaan, khususnya di kawasan taman perumahan, mendapat pujian Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol. Beliau menyifatkan semangat gotong-royong yang ditunjukkan generasi muda dalam mengurus dan menjayakan aktiviti di Surau Wakaf Taman Indah (SWTI), Bandar Baru […]
Premier Sarawak sertai solat Aidiladha, agih daging korban
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyertai umat Islam bagi menunaikan solat sunat Aidiladha, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini. Khutbah Aidiladha disampaikan selepas solat sunat Aidiladha oleh Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim. Selesai khutbah, Premier dan dif-dif kenamaan yang […]
Sejambak Kasih bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat
DEBAK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak membantu golongan memerlukan menerusi pelaksanaan program Sejambak Kasih yang dilaksanakan lebih 20 tahun di seluruh negeri. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, program itu melibatkan pemberian wang sumbangan RM100 serta hamper bernilai RM80 kepada penerima bantuan. Menurut beliau, program tersebut bukan sahaja diadakan sempena Hari […]
1,440.3 hektar tanah di Mambong diwartakan tanah NCR
PADAWAN: Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang menjadi inisiatif Kerajaan Sarawak akan terus dilaksanakan secara percuma dan tanpa bayaran premium atau cukai tanah. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan juga memberi jaminan program itu memberi pegangan hak milik kekal tanah kepada pemilik dan pengukuran tanah hanya dilaksanakan prosesnya selepas permohonan […]
