KUCHING: Sarawak mengunjurkan hasil pendapatan sebanyak RM12.749 bilion tahun ini dan sebanyak RM4.798 bilion atau 38 peratus berjaya dikutip setakat 31 Mac lalu. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hasil ini disumbangkan oleh Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak RM1.462 bilion dan pampasan tunai […]
Nilai hartanah Sarawak meningkat bawah pimpinan Kerajaan GPS
KUCHING: Sarawak menunjukkan peningkatan nilai hartanah dari 75 peratus sehingga ke 200 peratus. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini berdasarkan rekod transaksi hartanah di seluruh Sarawak dari 1994 sehingga 2022. “Perancangan dan pembangunan pesat infrastruktur inisiatif Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sesebuah kawasan merancakkan pembangunan sosioekonomi di kawasan tersebut […]
75 projek SPS, SPK dilulus dalam RMK12
KUCHING: Sebanyak 75 projek Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan peruntukan Projek Rakyat sehingga 30 April 2024. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek tersebut akan menyediakan sebanyak 7,570 lot kediaman membabitkan kos pelaksanaan dianggarkan berjumlah RM1.219 bilion. Katanya, […]
RM1.2 bilion diperlukan tingkat hasil padi Sarawak
KUCHING: Peruntukan sebanyak RM1.2 bilion diperlukan bagi mewujudkan dan menaik taraf infrastruktur padi di negeri ini. Ia terdiri daripada 4,500 hektar kawasan baharu dan 8,800 hektar Skim Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) sedia ada. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-Ficord), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sasaran itu bagi membolehkan Sarawak […]
Geran modal pemerkasaan wanita perlukan tambahan RM1.8 juta
KUCHING: Geran modal pemerkasaan wanita Sarawak memberi manfaat kepada 1,274 penerima pada tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia membabitkan jumlah keseluruhan bernilai RM2.5 juta. Katanya, penyaluran geran itu bagi membantu meningkatkan produktiviti perniagaan usahawan wanita Sarawak melalui penambahbaikanperalatan perniagaan mereka. “Geran itu telah berhasil meningkatkan pendapatan […]
Sebuyau zon tanam kelapa, Bau-Pdawan kopi
KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak mengisytiharkan Daerah Sebuyau sebagai kawasan tanaman kelapa dan Bau-Padawan sebagai kawasan tanaman kopi. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, berkata, ini bagi memastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk industri hiliran makanan berasaskan kelapa dan kopi. Bagi kawasan tanaman kelapa, […]
Perarakan Gawai Dayak Peringkat Negeri berlangsung 15 Jun ini
KUCHING: Sebanyak 110 kontinjen melibatkan 3,3300 peserta bakal menyertai Perarakan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 15 Jun ini, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Billy Sujang berkata, perarakan yang dijadual jam 2 petang itu bermula dari bangunan Tun Jugah dan berakhir di pentas utama di Tebingan Sungai Kuching sejauh 1.3 kilometer […]
Piala Pickleball Gawea DUN Serembu tawar hadiah lumayan
KUCHING: Pertandingan sukan pickleball tertutup sempena perayaan Gawai Dayak “Piala Pickleball Gawea” julung kali diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu pada 15 Jun depan. Acara akan berlangsung di Dewan Masyarakat Siniawan, Bau menawarkan hadiah sebanyak RM4,000 berserta piala dan pingat. Pertandingan itu bakal disertai 12 pasukan terdiri dari kelab pickleball sekitar bahagian Kuching. Ahli […]
Pelancongan jana pendapatan RM9.99 bilion 2023
KUCHING: Seramai 3.92 juta pelancong melawat Sarawak pada 2023 dan menjana pendapatan RM9.99 bilion iaitu meningkat 101.41 peratus, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, jumlah kedatangan pelancong itu meningkat 93.82 peratus berbanding tempoh sama 2022 yang menyumbang kira-kira 7.11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar […]
Chong tidak konsisten suarakan pendapat – Fazzrudin
KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen diingatkan tidak menimbulkan persepsi yang mengelirukan pelbagai pihak. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Chong disifatkan tidak konsisten dalam menyuarakan pendapat. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupongdalam kenyataannya berkata, beliau agak terkejut dengan hujah Chong yang mendakwa dirinya […]
