6,500 djangka sertai IEW 2025

KUCHING: Ekspo dan Sidang Puncak Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 17 Julai, 2025 di sini yang bertemakan ‘From Sarawak to the World: Journey to Clean Energy Leadership’ akan mengetengahkan komitmen Sarawak dalam memacu peralihan kepada tenaga bersih global. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni […]

MA63: 26 tuntutan dibincang

KUALA LUMPUR: Setakat ini, 26 tuntutan oleh Kerajaan Negeri Sarawak telah dibincang di bawah platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63). Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, lapan daripada 26 tuntutan itu telah selesai sepenuhnya, dua selesai sebahagian, tiga telah mempunyai keputusan dasar, lapan dalam perbincangan dan lima tuntutan yang dirujuk […]

Australia-Sarawak jalin kerjasama sektor penyimpanan tenaga

KUCHING: Australia menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sarawak dalam sektor penyimpanan tenaga bagi membantu memenuhi keperluan tenaga negeri ini pada masa hadapan. Perkara itu dijelaskan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia (WBM) di sini, […]

TTG Kuching akan beroperasi Mac ini

KUCHING: Tempat Transit Gelandangan (TTG) di Kuching, Bintulu, dan Miri masih dalam proses pengubahsuaian dan pembinaan dan dijangka siap tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kemajuan pembinaan TTG Miri mencecah 74 peratus dan TTG Bintulu (87.16 peratus). “TTG Kuching akan beroperasi pada Mac ini,” katanya. Beliau […]

Belanja secara berhemah, elak pembaziran – TYT

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengunjungi Bazar Ramadan @ Stutong 2025 di tempat letak kereta Pasar Komuniti Stutong, di sini, hari ini. Kehadiran beliau dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta […]

Gadis Seman pemain terbaik pertandingan melastik Kampung Melango

SARATOK: Seramai 76 peserta menyertai Pertandingan Slingshot (Melastik) anjuran Melango Slingshot Team (MST) Saratok di Kampung Melango, di sini. Pertandingan sukan tradisional itu dirasmikan Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi. Bagi pertandingan itu kategori lapan meter, Osman Mansur muncul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100 beserta hamper, […]

Kompleks Sukan Sebauh mercu tanda baharu di Bintulu

SEBAUH: Pembinaan Kompleks Sukan Sebauh dijangka siap pada Julai 2026. Kompleks terletak di kawasan seluas 12.795 ekar (5.178 hektar) akan dilengkapi litar balapan sintetik, padang bola sepak bertaraf FIFA, grandstand, serta pelbagai fasiliti olahraga seperti lompat jauh, lontar peluru, dan merejam lembing. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Sri Dr Stephen Rundi […]

Rumah JKKK Kampung Pasir Pandak jadi pusat pentadbiran kampung

KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Pandak kini mempunyai rumah sendiri yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran kampung. Rumah baharu dibina dengan RM150,000 itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi hari ini. Menurut Dr Abdul Rahman, rumah itu […]