BINTULU: Industri pengeluaran ferroalloy yang lestari alam sekitar mampu mencipta peluang baharu untuk Sarawak menjana pendapatan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu, rantaian bekalan bagi industri pengeluaran ferroalloy boleh dibangunkan di Sarawak bagi mewujudkan peluang mengeksport. Menurutnya, OM Sarawak mempunyai teknologi bagi menghasilkan ferroalloy yang lestari alam sekitar dengan mengurangkan […]
Kembalikan 35 peratus kerusi Parlimen kepada Sarawak, Sabah
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu mengembalikan kuota satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab berkata, beliau menyokong penuh gesaan tersebut daripada Premier Sarawak baru-baru ini. “Ini adalah untuk mengelak Parlimen meminda Perlembagaan Malaysia yang akan menjejaskan kepentingan Sarawak dan juga Sabah,” katanya ketika membahas […]
30 Pusat GiatMara Sarawak tawar latihan kemahiran
KUCHING: GiatMara Sarawak kini mempunyai sebanyak 30 Pusat GiatMara yang menawarkan program latihan kemahiran dalam pelbagai bidang. Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Yahaya Sani berkata, program terbabit merangkumi lebih 27 kursus sepenuh masa termasuk tujuh kursus peningkatan dan tujuh kursus pengkhususan. “Impak yang dibawa kepada masyarakat setempat adalah sangat besar dengan 26,405 pelatih berjaya menamatkan latihan […]
Tangani sekolah daif secara holistik – Rodiyah
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya menangani masalah bangunan sekolah daif tidak terhad kepada pembaikan kecil sahaja, kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. Katanya, jika tidak dinaik taraf secara holistik, sekolah-sekolah ini akan kembali kepada keadaan daif dalam masa singkat. Setakat Jun 2024, terdapat 555 bangunan sekolah daif di Sarawak dan daripada jumlah itu, 361 […]
Sarawak kerja kuat untuk jadi negeri berpendapatan tinggi
KUCHING: Sarawak mampu untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi kerana keupayaannya mengurus ekonominya dengan baik. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan sumber ekonominya yang baik ketika ini, kerajaan negeri dapat meneruskan agenda pembangunan dengan menyediakan infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air bagi membantu penduduk di luar bandar. Katanya, […]
Kuching hab fasiliti CCS
KUCHING: Cadangan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) membangunkan fasiliti perangkap dan penyimpanan karbon (CCS) Barat Sarawak akan meletakkan Kuching hab perubahan industri minyak dan gas di Sarawak, Malaysia dan wilayah ini, kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, Kuching Hab Gas Rendah Karbon […]
MOT pastikan harga tiket penerbangan kompetitif
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT), Datuk Hasbi Habibollah berkata, hasil perbincangan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan. Katanya, MOT […]
Rancangan bina taman rekreasi awam di Batu Kawa
KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang membina taman rekreasi awam di kawasan Batu Kawa. Ia membabitkan kawasan seluas 24 hektar. Timbalan Premier merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata pembinaan taman rekreasi itu akan merangkumi taman tema air dan kemudahan seperti laluan joging dan berbasikal, dinding mendaki tiruan dan […]
Pengiring keselamatan, pantau rapi ketika latihan regata
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mahu aspek keselamatan ditekankan untuk semua peserta Regata Sarawak pada masa hadapan. Ini susulan berlaku tragedi bot karam semasa sesi latihan perlumbaan perahu itu, baru-baru ini. “Adalah amat penting bagi peserta untuk memastikan pengiring keselamatan dan pemantauan sewajarnya dari pihak berwajib sepanjang […]
ART diperluas ke Batu Kawa
KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) akan diperluas ke Batu Kawa dengan laluan garisan kuning bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan berkenaan. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, usaha ini turut mengembangkan jaringan perhubungan melalui kenderaan awam. “Setakat ini, kita mempunyai garisan biru dan merah untuk ART ini dan Timbalan […]
