Month: October 2024

MASNITA sedia bantu perkasa kemahiran wanita, pendidikan kanak-kanak

KUCHING: Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) mahu menjalinkan kolaborasi bersama pertubuhan wanita lain di Sarawak dalam meningkatkan pendidikan kanak-kanak, memperkasa kemahiran wanita dan menangani cabaran sosial. Presidennya, Prof Dr Ramlah Zainudin berkata, pihaknya juga meneroka cara untuk menyokong kebajikan wanita yang kurang bernasib baik, terutama menyediakan bimbingan pendidikan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang mencabar […]

SMK Lawas bakal dibangun semula

LAWAS: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas akan dibangun semula setelah mengalami kebakaran baru-baru ini. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberikan jaminan akan bersama-sama membangunkan sekolah menengah yang pertama di Lawas itu dan mahu tapak kawasan kebakaran dibersih. “Saya mahu pihak bertanggungjawab m segera melakukan kerja-kerja pembersihan tapak kawasan,” katanya. Beliau berkata demikian […]

MPP, DBKU terima Anugerah Paling Lestari, Matlamat Pembangunan Mampan

PUTRAJAYA: Lapan pihak majlis berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak mencapai ‘Status Kelestarian’ di bawah Rangkaian Pertunjuk Kebangsaan Bandar-Luar Bandar Malaysia bagi Pembangunan Mampan (MURNInets). Sistem penilaian itu dibuat oleh Perancang Pembangunan Bandar dan Luar Bandar (PLANMalaysia) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Daripada lapan PBT itu, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menerima Anugerah ‘Paling Lestari’ […]

Ekonomi hijau perlu kepakaran

KUALA LUMPUR: Cabaran perlu ditangani sebelum melaksanakan inisiatif hijau adalah merangka prosesnya yang merangkumi Pelaksanaan Undang-undang (seperti Ordinan Alam Sekitar 2023, peraturan dan pensijilan) dan mewujudkan Kerangka Teknikal berdasarkan tenaga yang ada di Sarawak. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, tenaga itu merangkumi hidro, solar, angin, gelombang kinetik, […]

RM130.6 juta laksana projek bekalan air Labang-Tubau

BINTULU: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) memperuntukkan RM130.6 juta untuk melaksanakan projek bekalan air di sepanjang jalan Labang-Tubau. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato’ Sri Julaihi Narawi berkata, projek yang sedang giat dilaksanakan itu akan menambah baik sistem bekalan air di kawasan yang permintaannya semakin meningkat. Projek […]

SOP berdasarkan hasil siasatan kemalangan korbankan tiga murid

LAWAS: Prosedur operasi standard (SOP) mengenai aspek keselamatan penumpang kenderaan khususnya melibatkan insiden kereta terbabas sehingga mengorbankan tiga kanak-kanak berhampiran Kampung Awat-Awat di sini akan dibuat berdasarkan hasil siasatan dijalankan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pada masa ini pihak polis masih melakukan siasatan berhubung punca kemalangan itu termasuk menunggu hasil […]

Usaha tarik minat murid dalam STEM dipergiat

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mac 2024, bersetuju memperkenalkan tujuh langkah strategik bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, menggalakkan pembelajaran STEM bermakna dan menyediakan peluang untuk murid mengembangkan bakat dan potensi melalui aktiviti kokurikulum bidang STEM […]

RM20 bilion dana diperlukan persiap Pelan Induk Bekalan dan Grid Air Sarawak

MIRI: Sarawak memerlukan peruntukan sebanyak RM20 bilion bagi melaksanakan Pelan Induk Bekalan dan Grid Air untuk memastikan liputan penuh bekalan air menjelang 2030. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini akan dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif terutamanya melalui pelaksanaan Grid Bekalan Air dan Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS). Jelasnya, bagi melaksanakan projek […]

Penanda aras baharu penganjuran SUKMA

KUCHING: Sarawak meletakkan penanda aras baharu terhadap Sukan Malaysia (SUKMA) susulan kejayaan penganjuran temasya dwitahunan itu Ogos lalu. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, perkara ini turut diakui sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan standard tinggi ditetapkan oleh Sarawak dalam penganjuran SUKMA Ke-21 itu sebagai sukar ditandingi […]