Month: October 2024

Aktiviti menarik sempena Baitulmal Bersama Komuniti

SIBU: Program Baitulmal Bersama Komuniti berjaya menarik lebih 800 penyertaan daripada orang ramai. Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, program itu untuk mengeratkan hubungan antara Baitulmal dan masyarakat setempat. “Ia juga untuk memastikan orang ramai merasakan bahawa Baitulmal ini adalah milik bersama,” katanya pada program tersebut di […]

Lapangan terbang, syarikat penerbangan baharu bakal pacu ekonomi Sarawak

KUCHING: Pembinaan lapangan terbang baharu Sarawak dan syarikat penerbangan sendiri akan meningkatkan akses dan memacu kegiatan ekonomi di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, meskipun Sarawak akan bermula dengan kapal terbang kecil, perancangan jangka panjang untuk memiliki pesawat lebih besar yang akan membawa lebih ramai pelancong dan pelabur. […]

SCHB inisiatif baharu JKMS bantu warga emas

KOTA SAMARAHAN: Inisiatif baharu Senior Citizen Health Benefit (SCHB) menyasarkan seramai 100,000 warga emas menjelang akhir tahun ini. Inisiatif itu di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS). Menteri Pembangunan Wanita Keluarga, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kemudahan itu disediakan di klinik panel yang dilantik JKMS dan beroperasi di Sarawak. Di bawah […]

Karnival ‘Aram Bepengerai Serta Regas’ di Rumah Jimun Dideng

BINTULU: Karnival ‘Aram Bepengerai Serta Regas’ diadakan di Rumah Jimun Dideng, Sungai Sekutan, Ulu Sebauh, di sini, hari ini. Karnival itu diadakan sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Sebauh 2024. Antara diadakan ialah saringan kesihatan NHSI,PEKA 40, saringan Sarcopenia dan Dementia, saringan tanpa nama, saringan kesihatan wanita, saringan pemeriksaan mata dan kesihatan […]

Dua tangki aras tinggi dibina, penuhi permintaan air di Samarindah, Muara Tuang

KOTA SAMARAHAN: Lembaga Air Kuching (LAK) akan membina dua tangki aras tinggi (HLT) membabitkan kos RM30.5 juta. Ia bagi memenuhi permintaan penggunaan air terawat yang semakin meningkat di Samarindah dan Muara Tuang serta kawasan sekitarnya. Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur supaya memberi kelulusan segera […]

Projek talian grid 33KV 11 KV bermula tahun depan

BETONG: Projek naik taraf pemasangan talian grid 33 kilovolt (KV) dari Kampung Kaba menuju ke Simpang Nyabor dan 11KV dari Kampung Perpat ke Simpang Jalan Paloh, di sini, akan bermula tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, dua projek terbabit bernilai keseluruhan sebanyak RM14.8 juta telah ditender. “Siapnya pemasangan grid 33KV […]

Pesta Makan Tahun Kedayan Seborneo November depan

LAWAS: Persatuan Kedayan Lawas akan menganjurkan Pesta Makan Tahun Kedayan Seborneo, di sini, mulai 1 hingga 3 November depan. Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, ini merupakan aktiviti tahunan untuk masyarakat Kedayan di Lawas hingga ke Sibuti. “Saya mahu perayaan seperti ini diselaras dengan lebih teratur dan sistematik di bawah Pejabat Daerah atau […]

Regata Bot Naga Sarawak 2024 dijangka raih pendapatan RM1.5 juta

KUCHING: Regata Bot Naga Sarawak 2024 dijangka menjana kutipan sebanyak RM1.5 juta. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, jualan kraf tangan yang menjadi pengisian penganjuran disasarkan sebagai pemangkin menarik pengunjung terutamanya dari luar negara. Katanya, ia didorong penganjuran acara-acara lain seperti Kuching Marathon dijadual berlangsung esok dan Regata Sarawak 2024. […]